KESIANNYA PRESIDEN UMNO NI, TAK HABIS2 MERENGEK NAK PRU15 SEGERA…

 

Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh, Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut pengerusi BN itu, ia merupakan kelebihan yang tidak dimiliki pembangkang dan menjadi kebimbangan mereka.

“Perdana menteri sementara ini melaksanakan tugasan rasmi rutin untuk memastikan kerajaan terus berfungsi. Malah mesyuarat rasmi berhubung urusan kerajaan boleh diadakan termasuk mempengerusikan mesyuarat Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Dari segi kuasa dan kawalan terhadap banjir pada musim tengkujuh perdana menteri masih ada kuasa dan sukar pula pembangkang menonjol peranan mereka apabila musim tengkujuh,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Antara kritikan utama terhadap desakan BN agar PRU15 diadakan pada tahun ini adalah ia berisiko diadakan ketika musim banjir, apatah lagi dengan banjir besar yang melanda semenanjung pada hujung tahun lalu.

Bagaimanapun BN dilihat bertegas dengan desakan itu, seperti yang disuarakan Zahid beberapa kali kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata seandainya PRU15 diadakan ketika musim banjir, tidak bermakna ia berlangsung ketika banjir melanda seluruh negara.

“Insya-Allah pilihan raya akan diadakan sebelum itu lagi,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata rakyat sudah boleh membaca apa yang disifatkannya sebagai muslihat pembangkang yang membantah PRU15 dalam masa terdekat kerana mereka memerlukan lebih masa.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan turut membidas kepimpinan PH apabila mendakwa Umno dan BN mahu mengadakan PRU semasa banjir.

Katanya, dakwaan itu untuk menunjukkan BN seolah-olah tidak prihatin terhadap nasib rakyat.