JANGAN TAKUT...LAWAN.....MACAM ITU SAJA PAHANG TAK ADA PERUBAHAN..POKOK BANYAK KENA TEBANG..KAH..KAH


Ada sahabat lama forward image ini. Dia mengaku image ini buat dia down. Koi down sungguh dia kabo...

Mana tak down....Pahang adalah kubu kuat BN dan Umno. Kalau hanya yakin menang 35 dari 42 kerusi, maknanya down 7.

7 kerusi itu di mana?

Sejarah Pahang tahun 1995, pembangkang ada 2 sahaja.Itu pun sebab calon S46 itu cucu Mat Kilau nama Cikgu Bakar.

Tahun 2004 hanya 1 sahaja iaitu Triang. Sebabnya Leong Ngah Ngah calon DAP itu deme kata sebijik perangai macam Lee Lam Thai. Kereta Mercedes W124 dia tu dibuatnya macam ambulans. Orang naik bersalin pun dia hantar ke hospital. Ah balerrr...

Sebab hendak buat contoh pun ye... Kalau tak ada pembangkang langsung takut pulak orang Pahang tak kenal pembangkang itu apa!

Kalau sudah yakin kalah 7, itu tak steady. Apa ke hal nya kerja keras selama ini. Kutipan cukai Pahang sudah meningkat. Maknanya Pahang sudah ramai penduduk yang mampu. Takkan lah masalah kecik2 tak boleh settle? Masalah air paip ke? Dengan duit cukai yang banyak, takkan tak boleh settle?

Masalah banjir ke? Pahang tiap2 tahun banjir sejak tahun 1926 lagi. Masa banjir lah rakyat nampak kerajaan prihatin bantu rakyat!

Mana boleh Pahang kata dah yakin kalah 7!

Mana 7 tu?

1. Triang ... kata kalau MCA bertanding boleh menang?

2. Tras ....masalah musang king kena chain saw hari itu ke?

3. Tanah Rata...dulu Lau Kee Long, Choong Ching Yan selamba saja menang! Lau Kee Long jadi Exco lagi...

4. DUN mana?

5. DUN mana?

6. DUN mana?

7. DUN mana?

Takut Jengka ke? Haisshhh.....dulu Tuan Ibrahim Tuan Man pun terlentang situ. Lawan dengan 1st timer Cikgu Abdul Rahman Ibrahim saja!

Kemon lah.....target 41/42 lah baru lah world! Kalah satu itu pun bukan pasal apa....pasal nak buat buci saja! Tau buci apa ke?