Pas pendamai atau perosak?

 https://malaysiadateline.com/pas-pendamai-atau-perosak/



Pas pendamai atau perosak?


By MOHAMED HANIPA MAIDIN / September 29, 2022



Media rasmi Pas melaporkan pemimpin kanan parti itu habaq parti itu tak mahu perbalahan antara parti Umno dan Bersatu diteruskan kerana ia merugikan sokongan orang Melayu dan Islam di negara ini.


Justeru itu, parti yang mendakwa sorang-sorang (self proclaim)

yang ia adalah parti Islam, bercadang untuk rangka pelan perdamaian antara kedua parti tersebut- Bersatu dan Umno.


Pemimpin itu juga dilapor habaq “Pas dan Umno dalam kerajaan sekarang kerana jasa Bersatu, kalau Bersatu tak keluar (dari PH) kita masih kekal sebagai pembangkang”.


La ni mari kita menilai kenyataan pemimpin itu dari perspektif Islam sebab parti depa dakwa depa adalah partai Islam sedangkan ada pemimpin tertinggi depa juga yang dakwa ramai dari pemimpin PH yang tidak beriman (tidak beraqidah) dan tidak bermoral.


Tak tahu Islam versi mana yang bagi depa cap mohor senang-senang menghukum pihak lain secara ex-parte- sebelah pihak!


Baguslah nak damaikan dua parti Melayu dan Islam, tapi untuk tujuan apa?


Tujuan perpaduan ummah atau tujuan undi dan kuasa semata-mata?


Untuk nak jaga Melayu dan Islam? Apa yang depa bising sebelum dapat kuasa dan apa yang depa buat selepas dapat kuasa?


Opps lupa depa berjaya “menaikkkan” cabutan nombor ekor- judi- dari 8 kali ke 22 kali. Mungkin itu jasa besar depa!


Nak jaga Melayu Islam tu depa nak guna kayu ukur apa ya? Tentulah guna kayu ukur Islam kan sebab depa parti Islam?


Jadi, siapa yang rosakkan tabung haji (orang buat lawak haji kekal tapi tabung habis hilang), dan siapa pula yang pulihkan kerosakan tabung haji?


Dan siapa pula yang kaki fitnah kononnya tabung haji dikuasai oleh non-muslim?


Jika berpegang pada Islam dah tentu kena bersandar pada nas naqli dan aqli yang sumber nas yang utama adalah Al-Quran dan Al-Hadith/Al-Sunnah kan!


Nak tanya ayat mana dalam Al-Quran atau hadith mana yang membenarkan depa boleh suka-suka pi tolong-menolong dengan pihak yang terbabit mengkhianati rakyat dan pihak yang tersohor dengan rasuah dan salah guna kuasa?


Kerana Bersatu yang khianat rakyat itulah Pas boleh dengan tanpa rasa malu seronok jadi gomen sekarang bersama dengan Umno la ini.


Parti Islam kat ceruk mana pun patutnya berduka dan tak akan sesekali boleh bersama dengan parti yang khianat dan parti yang berselirat dengan kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa!


Yang peliknya, parti Islam akhir zaman, depa seronok boleh berkerjasama dengan parti pengkhianat dan parti yang zalim, rasuah dan salah guna kuasa!



No comments: