Dua veteran Umno tidak yakin BN akan menang
SESUDAH SUBUH
DALAM koboran semangat pemuda Barisan Nasional (BN) melaung dan
menekan Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen bagi membolehkan Piraum
(pilihan raya umum) diadakan, dua pemimpin veteran Umno memberi pandangan
negatif yang kontras dengan kehendak itu yang menunjukkan mereka tidak yakin
dengan kekuatan yang ada kepada parti tunggal BN, yakitu Umno sekarang ini.
Bekas ahli parlimen Segamat yang juga bekas timbalan presiden
Umno Musa Hitam dan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah
masing-masing memberi pandangan dan pendapat yang mereka tidak yakin Umno (BN)
boleh menang dalam pilihan raya itu nanti.
Paling mengejutkan mereka berpendapat parti lawan (pembangkang)
lebih kuat dan berpengaruh.
Musa Hitam dilaporkan memberi pengikhtiraf kepada konsep politik
multiracialisme yang dianjurkan oleh PKR (PH), sementara Tengku Razaleigh pula
berpendapat Umno kini dalam keadaan tidak aman seperti sebelum ini.
Kata Musa yang dianggap sebagai radikal Melayu, kekuatan PKR
(PH) dengan konsep itu nyata dan menyakinkan sehingga beliau berpendapat kalau
tiga buah parti Melayu, Umno, Pas dan Bersatu bergabung dalam khemah besar
sekali pun belum tentu ia mampu mengatasi kekuatan dan pengaruh PKR.
Musa berpendapat konseop atau idealogi politik PKR jelas dan
relevan berbanding dengan konsep tiga buah parti tersebut yang tidak jelas dan
bercampur aduk dan saling dakwa mendakwa kononnya akulah yang
terbaik
.
“Masalah ideologi mereka tak begitu jelas, bercampur aduk. Macam
Umno, mereka kata parti Melayu, Islam. PAS kata sama. Ada parti baharu pula
seperti Bersatu juga katakan Melayu dan Islam. Ideologinya, bunyi macam
sama," sebut Musa seperti dilaporkan.
Lantaran itu beliau memberi cadangan ketiga-tiga buah parti itu
perlu mencantumkan idealogi mereka yang bercampur aduk itu dengan menggabungkan
untuk jadi "simple solid gorup" menggelarkan mereka mempromosikan
kepentingan Melayu dan Islam, dan ujarnya dalam masa sama kumpulan itu kena
memberi jaminan kepada bangsa dan agama lain yang akan diterima sebagai
kumpulan Malaysia dilindung.
Memahami apa disebut Musa itu menunjukkan konsep dan idealogi
ketiga-tiga parti itu tidak menjamin bangsa lain dan lebih fokus kepada Melayu
sahaja dimana pegangan itu sudah tidak relevan.
Pandapat dan pandangan Musa itu menunjukkan beliau lebih percaya
konsep dan prinsip yang dipraktikan dalam PKR lebih relevan dengan tuntutan
masa waktu ini. Tambah beliau lagi konsep politik berasaskan bangsa seperti
diperjuangkan Umno, Pas dan Bersatu itu sudah tidak sesuai lagi selepas negara
merdeka sebab hari ini Malaysia sudah menjadi hak semua kaum.
Sementara Tengku Razaleigh pula berpandangan keadaan Umno kini
berbeza dengan keadaan dulu kerana pada zaman sebelum ini Umno didokong oleh 13
buat parti dalam BN. Hari ini keanggotaan BN sudah tinggal empat buah parti
sahaja dan hilang kerajaan ketika dibawah pimpinan Najib Razak dan Zahid
Hamidi.
Keadaan atau nasib diterima BN itu menurut ahli parlimen Gua
Musang itu ditambah dengan berlaku perpecahan dalam Umno diperingkat negeri dan
juga pusat menjadikan Umno sudah tidak aman lagi.
Apa dinyatakan Tengku Razaleigh ini jelas apabila dalam kerajaan
hari ini dimana Umno turut menjadi sebahagian daripada kerajaan, wujud
percanggahan pendapat dan kepentingan menyebabkan keberadaan Ismail Sabri
sebagai perdana menteri tidak didokong oleh orang Umno sepenuhnya.
Berdasarkan pendapat dan ulasan kedua pemimpin veteran Umno itu,
sukar untuk merealitikan kehendak pemuda BN dan sebahagian daripada ahli Umno
khasnya daripada golongan kluster mahkamah untuk menyaksikan UBN menang jika
diadakan pilihan raya. [wm.kl. 8:07 am 18/09/2022].