MENZIARAHI S. AMIN SHAHAB

 








Semalam saudara Setiausaha Politik saya saudara Farhan Fauzi telah mewakili saya menziarahi karyawan negara Syed Mohd Amin Syed Hashim Al Shahab atau S. Amin Shahab yang dilaporkan menghadapi masalah jantung baru-baru ini.


Alhamdulillah, saya dimaklumkan kesihatan beliau beransur pulih selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).


Dalam sesi ziarah ini, saudara Farhan turut sampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi menampung kehidupan harian dan kos perubatan beliau.


Mendoakan agar saudara S. Amin Shahab dikurniakan afiyah dan kekuatan untuk terus berkarya, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI




No comments: