INISIATIF BUKAN POLISI KKM

 


NORMAN RADZUAN



Serangan troll mengatasi niat yg baik

INISIATIF BUKAN POLISI KKM

Hari ini teruk Menteri Kesihatan, Dr Zaliha di troll. Ini adalah usaha berterusan Cybertrooper menyerang kerajaan Perpaduan. Setiap apa yg dilakukan kerajaan semua di troll utk melahirkan perpesi negatif kpd kerajaan.

Saya tidak hairan Dr Zaliha akn dikecam begitu teruk. Selepas Fahmi Fadzil, Mat Sabu kini giliran Dr Zaliha.

Pemberian tuala wanita secara percuma itu hanya inisiatif dan bukannya polisi atau perancangan besar dari KKM.

Niat itu sgt baik dan boleh sahaja menyarankan KKM segerakan pemberian percuma itu sekolah dan IPTA seluruh negara. Ia hanya sekadar percubaan awal. Bagi salah tak bagi salah… cubalah bagi cadangan dan bukan kritikan.

Sdgkan Dr Zaliha dlm masa yg sama melancarkan penggunaan teknologi 'Body Camera' dlm pelaksanaan tugas penguatkuasaan utk memelihara integriti dan meningkatkan imej kementerian.

Bab ini tidak mahu mereka perkatakan… nampak sgt niat mereka utk troll cerita utk melahirkan persepsi negatif bukan sahaja kpd Dr Zaliha tetapi kpd pimpinan PH.

Hari ini juga fitnah jahat yg cuba ditroll oleh Cybertrooper lawan apabila dipaparkan gambar telur berharga RM 20 sepapan. Sdgkan ia sebenar harga telur Omega yg sebelum ini berharga RM 24 sepapan… jahat sungguh.

Cara mereka menyerang kerajaan ini seolah olah bulan hadapan nak PRU16. Dari kasut Anwar, kereta Anwar, pemakaian Anwar dan bermacam mcm lagi yg langsung tidak membawa makna utk membantu ekonomi negara atau menjadi pembang yg baik.

Buat Dr Zaliha jgn pedulikan sgt suara2 sumbang. Teruskan kerja anda dgn amanah… terlalu awal utk menilai dlm tempoh 10 hari . Saya sendiri akn memantau 100 hari tentang polisi dan perancangan yg ingin Dr Zaliha lakukan utk KKM lebih efisen .

 

No comments: