SEJARAH PENTADBIRAN PAS TERENGGANU 1999-2004?? MASIHKAH KAU INGAT!!! PART 4


73. UM: 04 Jan., 2002 - ASDI tidak mampu bayar dividen bagi tahun 2001.

74. Al-Haq: Jan.,2002 - 41,000 ekar hutan simpan kekal (bslak) di Tembat (kawasan Empangan Kenyir) ditawarkan dalam tender tertutup (Untuk Kroni PAS di KL).

75. Al-Haq: Jan.,2002 - Selamatkan harta rakyat Terengganu (Dari dirompak oleh Kerajaan PAS).

Haji Mohamad Bin Jusoh Perbohongan Pas Yang Nyata

1. HR: 20 Dis., 1999 - Pembohongan yang paling besar dan tidak boleh dinafikan buktinya ialah setelah PAS memerintah sendiri, hukum haram dan kafir tidak dipakai lagi. Kini erat kerjasama dengan DAP sehingga YAB. Haji Hadi rela berpelukan mesra dengan Lim Kit Siang di Pejabat MB, Tingkat 16 Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Dahulu (Ogos 1963) PAS hukum KAFIR atau HARAM jikalau orang Islam bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara. Buktinya jelas tertera dalam Kertas Puteh Kerajaan Malaysia 08 November 1984 mengenai ancaman mempolitikkan agama.

Akibat daripada fatwa mengkafirkan itulah umat Islam di Terengganu tidak mahu ikut sembahyang di belakang imam lantikan kerajaan BN.

 

 

Dengan itu berlakulah 39 buah kampung sembahyang Jumaat berlawan (Hingga November 1999). Pada sebulan Ramadan Jun-Julai 1982 berlaku peristiwa sembahyang Tarawih 2 imam dan jumaat bergilir dalam masjid Kg. Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang.

Demi politik pilihanraya 1999 PAS rela bekerjasama dengan DAP yang menentang penubuhan negara Islam. Inilah jadinya kalau hukum politik cari makan Waharamun kalau makan sorang wahalalun kalau bagi... dua.

2. WDI: 01 Jun 2000 - Warta Darul Iman keluaran sulong (01 Jun 2000) telah diperalatkan untuk membela AMANAT Haji Abd. Hadi.

3. UM: 06 Jan., 2000 - 606 Ketua Kampung dipecat dan JKKK diharamkan kerana hanya mahu iktiraf JSR yang PAS lantik. Kini bermaharajalela mengganas, membalas dendam. Pemerintahan PAS berdasarkan puak (Asobiah).

4. BH: 14 Jan., 2000 - DUA orang isteri pemimpin PAS dilantik menjadi ahli lembaga YPKT.

5. Hingga Jan., 2002 - Patong sotong & udang di simpang lampu isyarat bandar Marang tegak berdiri tidak dirobohkan. Apakah kerana ada janggut macam orang kita? Penyu tembaga di Hotel Park Royal terus bergayutan dengan megah.

 

No comments: