UMNO kau jangan derhaka!.








SERI PADUKA BAGINDA


Secara protokol, semua Raja dan Sultan Negeri memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia. Cuma bagi membezakan kedudukan Yang di-Pertuan Agong kita. Gelaran khas “Seri Paduka Baginda” digunakan.
Hanya Baginda seorang sahaja yang boleh gunakan gelaran ini dalam negara. Sultan lain tidak dibenarkan, hinggalah sampai giliran.
Sistem Beraja di Malaysia ini unik. Kita antara negara yang punya paling ramai Raja dalam negara. 9 orang kesemuanya. Mereka bergilir menjadi YDPA setiap 5 tahun.
Sultan Johor kini yang menjadi Agong kita, sudah lebih 2.5 tahun memerintah. Baginda besar kemungkinan akan diganti oleh Sultan Perak dalam tak sampai 2 tahun setengah. Tempoh Baginda tamat pada 30 Januari 2029. Tak lama dah.
*******
Lama tak lama, cabaran beliau memayungi negara amat terserlah. Bila mana dunia politik sedikit haru biru. Kita nampak peranannya di situ.
Baginda took an active role. Dalam menangani gejala rasuah, it’s an open secret Baginda ada peranan bersihkan MINDEF. Sampai Pemimpin Tinggi Tentera dipecat dan ditahan. Sukar terjadi kalau Baginda sendiri tak campur tangan.
Saya percaya, salah satu sebab indeks persepsi rasuah kita tambah baik tahun lepas. Kerana Ketua ATM pun kita berkas. Jarang berlaku di mana-mana negara. Akan tercatat dalam sejarah, bukan sahaja bekas PM kita masuk penjara. Panglima Tentera pun kita dakwa.
Minggu ini, Baginda dipuji lagi. Laungan “Daulat Tuanku” berkumandang di media sosial. Sebaik sahaja permohonan pengampunan DS Najib Razak ditangguh.
Menunjukkan DYMM Seri Paduka Baginda faham sentimen rakyat biasa yang tidak berparti. Yang tidak fanatik pemimpin. Kes kleptokrasi terteruk dalam dunia, nak diampun kena berhati-hati. Impaknya kepada maruah negara besar nanti.
*******
Minggu ini juga, The Straits Times dedahkan. Baginda sudah ambil berat apa yang terjadi di Negeri Sembilan. Ini yang ramai Rakyat harapkan.
Bila ada yang nak menurunkan takhta Raja secara tidak berperlembagaan. Tiada alasan yang kukuh dan langsung tiada perbicaraan, makanya kita harapkan seluruh Raja-Raja Melayu campur tangan.
Kena juga kita tegaskan. Alasan penurunan takhta Raja (deposition) lebih kurang sama di setiap negeri. Kena ada alasan solid.
Sama ada sakit, kurang waras, buat jenayah, atau langgar Perlembagaan. Itu semua perlu dinyatakan. Dan Baginda akan diberi peluang bela diri. Kalau nak buang pekerja pun kita buat full inquiry. Inikan pula Raja Melayu sendiri.
Hatta selepas keputusan penurunan takhta dibuat, ia tidak terhenti di situ. Raja sendiri perlu mengumumkan pelepasan takhta Baginda (abdication) mengikut aturan yang ditetapkan.
Maknanya, ada satu lagi lapisan yang perlu disempurnakan sebelum sebuah pemerintahan Raja itu ditamatkan.
Dalam Perlembagaan kebanyakan negeri, inilah intipatinya. Nak buang Raja kena ikut alasan dan prosedur tertentu. Janganlah buat secara koboi takut seluruh negara haru biru.
Yang kita khuatir, kalau sudah buat duluan di Negeri Sembilan, nanti senang-senang pula institusi Diraja yang lain dijatuhkan.
Alasan tidak diumum, full inquiry seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan juga tidak dibuat. Orang politik pula masuk campur. Jangan lah dibenarkan begitu.
*******
Kita harapkan juga team Baginda YDPA jangan termakan dengan propaganda dan cytro di Facebook. Mereka cuba menormalisasikan derhaka Raja.
Mereka langgar sahaja aturan yang ada. Turun dan tabal Raja dibuat di resort semata. Apa fungsi pegawai tertinggi Kerajaan dan pegawai protokol Istana? Nescaya, caca-merba ini kalau tidak ditolak, akan terjadi lagi di hari muka.
Saya percaya Seri Paduka Baginda will be the saviour. Membantu his own Royal Brethren daripada diderhaka begitu.
Kerana akhirnya, kalau mereka boleh buat pada Raja yang satu. Pada masa depan mereka boleh buat kembali. Kalau ini terjadi, daulat dan hormat kepada Institusi Raja akan jatuh merudum.
Ironinya, pelopor gerakan ini bukanlah orang bukan Melayu. Orang kita juga.
Dan dalam sejarah dunia tunjukkan, yang meruntuhkan Institusi Raja bukan orang luar ya. Orang yang berada dekat sekeliling raja. Sang Bangsawan dan Pembesar Negara.
Makanya, we put our trust to Agong kita.
Rakyat percaya Seri Paduka Baginda bijaksana.
Salam hormat,
Liyana Marzuki







No comments: