IDEA SERABAI KHEMAH BESAR.

 

Mana datang idea khemah besar? Apa yang buat sesetengah pemimpin PH percaya Mahathir boleh bawa PH semula ke Putrajaya?

Sebenarnya semuanya kerana Langkah Sheraton. Selepas Mahathir letak jawatan, tidak ada seorang pun MP yang mampu memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Pada ketika itu, GPS mengaku yang mereka setia kepada Mahathir. Maka secara matematiknya, jika Mahathir menjadi calon PM, GPS akan sokong dan PH akan jadi kerajaan semula.

Tetapi pada ketika itu Mahathir jual mahal. Yang dia mahu jika jadi PM semula, dia tidak terikat kepada sebarang langkah reform yang PH mahukan. Ini punca kenapa Keadilan menolak.

Dan bermula dari situlah, gerakan menyingkirkan DS Anwar sebagai calon PM dari PH bermula. Dari situ keyakinan bahawa Mahathir akan mendapat sokongan majoriti mula menggunung.

Tapi semua lupa, Mahathir hanya dapat sokongan ahli parlimen GPS sahaja. Dan itu pun sekadar lakonan sahaja. Kerana selepas itu, GPS letakkan syarat tak mahu DAP ikut serta pula.

Sedangkan rakyat sudah mula membenci Mahathir kerana keceluparan mulutnya dan juga beberapa tindakannya yang tidak sensitif kepada isu semasa dan perasan rakyat ketika berkuasa.

Kalau nak kata khemah besar akan membolehkan PH memerintah semula memang betul tapi itu jika tanpa pilihanraya. Tapi kalau dengan pilihanraya, khemah besar akan sukarkan PH.

Dalam situasi sekarang, jika PH mahu menangi hati rakyat dalam pilihanraya, PH mesti jauhkan diri daripada Mahathir dan semua sekutunya. Kerana mereka dibenci oleh rakyat.

Tapi yang aku nampak, beberapa pemimpin PH masih lagi terbayang mahu ambil alih kerajaan tanpa pilihanraya. Sebab itu mereka lebih kerap menyerang individu dan lebih suka desak menteri letak jawatan berbanding perjuangkan isu rakyat.

Sebaiknya pemimpin PH atur semula strategi. Lupakanlah soal nak dapatkan kerajaan tanpa pilihanraya lagi. Lebih baik susun langkah dan bersedia untuk PRU15.

Pikat hati rakyat lebih penting daripada pikat hati pengkhianat yang hanya cuba jahanamkan PH. Dan nak ikat hati rakyat, PH wajib jauhi Mahathir dan para sekutunya. Guane boh?

Raja Gelap