Busuk Punya Game
Pelbagai 'move' dan 'game' UMNO buat. Macam-macam strategi dan
kaedah digunapakai demi memastikan Johor jadi milik UMNO. Ramai sangat pakar
yang menawarkan diri untuk jadi hero. Ada lebih dari 4 team yang sedang
bergerak di Johor. Masing-masing cuba membuktikan bahawa idea dan strategi team
mereka yang paling baik.
'Game' yang paling busuk ialah ambil pelakon murahan. Pakaikan
lebai, angkat banner dan bunting lepas tu mengaku ahli PAS. Suruh pelakon
laungkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan PAS Nasional kerana memilih
Perikatan Nasional bukan Muafakat Nasional. Maka terpekik terlolong la pelakon
seolah-olah baru hafal skrip semalam. Nampak sangat busuknya.
Gerakan seumpama ini hanya terfikir oleh orang-orang tua dan
lama je (oldskol). Sekarang orang dah tak buat kerja-kerja bodoh gini. Kalau la
sebelum dapat kuasa dah menipu, selepas berkuasa lagi la kuat tipu rakyat.
Lagipun dah tentu PAS kenal ahli-ahli mereka. Rakyat tak nak yang berhormat, rakyat
nak seseorang yang jadi wakil rakyat. Berkhidmat untuk rakyat. So kalau dah
menang dengan cara tipu, korang rasa mereka ni akan lahirkan pemimpin yang baik
ke.
Sebenarnya UMNO 'desperate'' untuk menang. Momentum kemenangan
Melaka mungkin tak mampu dibawa ke Johor. Sebab itu mereka terpaksa guna
pelbagai kaedah demi memastikan kemenangan. Jika Johor tersungkur, imej UMNO
akan jatuh, reputasi akan hilang. Kepercayaan rakyat terhadap penguasaan UMNO
akan pudar.
Hari ini rakyat sedar bahawa UMNO tidak lagi relevan untuk
menjadi pemerintah. Bukan kerana partinya tetapi kerana pimpinannya yang masih
mengamalkan sistem dan cara lama. "No Money No Talk". Duit tarak,
keje pun tak jalan. Ada duit kami sayang, tak ada duit tak payah sembang.
So korang masih rasa UMNO layak memerintah?