Syaitan pun kagum, Mahiaddin beri Umno semula kuasa
Mahiaddin dilaporkan berkata suatu ketika Zahid datang dengan
fail bertimbun minta pertolongan selesaikan kes mahkamah yang dihadapi. Bukan
setakat Zahid, kata Mahiaddin, Najib juga minta supaya Gopal Sri Ram digugurkan
daripada pasukan pendakwaan.
Walau bagaimanapun kata Mahiaddin lagi, semua permintaan tidak
dilayan menyebabkan kerajaan yang beliau tubuh dan pimpinan bersama Umno yang
di dalamnya ada Zahid dan Najib mula goyang dan akhirnya ditumbangkan oleh
Umno.
Mahiaddin ini tidak pernah nampak cerdik walau pun bercakap nak
bagi orang tengok dia cerdik.
Mahiaddin sendiri jatuhkan PH yang sebelum itu bersama dia
jatuhkan Umno.
Dia dikeluarkan dari Umno bukan kerana dia bersih tetapi dia
tidak setuju dengan Zahid dan Najib. Dia datang kepada PH bersama partinya
Bersatu menjatuhkan BN dan Umno.
Kemudian dia sendiri jatuhkan PH yang bersama dia jatuhkan Umno
untuk kepentingan diri dia menjadi PM. Dia yang berikan kuasa dan nyawa semula
kepada Umno yang sudah ditolak oleh pengundi.
Pengundi tahu Umno jahat sebab itu pengundi tolak Umno tetapi
Mahiaddin lagi jahat kerana tolak keputusan pengundi dan berikan semula kuasa
kepada Umno.
Sekarang Mahiaddin nak beritahu Umno jahat?
Setan pun kagum dengan Mahiaddin ni. Dia jahat dan dia kata
orang lain jahat dari dia.
Tidak ada yang lebih jahat dan khianat di Malaysia ini selain
Mahiaddin, Zahid dan Najib. BNgsat.