JINGGA 13 KATA MUDA JANGAN JADI BELANDA MINTA TANAH



KENYATAAN MEDIA

Jingga 13 Negeri Johor

18 Februari 2022

"MUDA TIDAK PERLU LAH BERSIKAP SEPERTI BELANDA YANG MEMINTA TANAH"

Tersebar luas di media sosial hari ini tentang sikap seorang anak muda yang boleh dikatakan tidak tahu malu dan tidak mengerti apa itu erti sebuah persahabatan dalam sebuah 1 unit pasukan.

Jangan lah bersikap seperti "Belanda yang meminta tanah". Tiga kerusi yang ditawarkan oleh Keadilan pada rundingan yang lalu sudah memadai. Mengapa perlu bersikap serakah dan celici? Sehingga berani memberi ugutan kepada Parti Keadilan Rakyat.

Jingga 13 Negeri Johor berpendapat bahawa Presiden Parti Muda itu seolah-olah ingin menjadi "Api Dalam Sekam". Baru sahaja ingin bertanding di PRN Johor sudah mula ingin memecahbelahkan undi dan menunjukkan taringnya sehingga berperangai seperti tidak menghormati Parti Keadilan Rakyat. Jikalau begini permulaannya sudah pandai mengancam, mengugut tanpa sedikit rasa bersalah, eloklah MUDA tidak perlu bertanding walau satu kerusi pun di Johor.

Sikap keterbukaan dan profesionalis serta berlapang dada juga perlu ada dalam seseorang pejuang parti, bukan hanya tau mendabik dada, merobek sebuah karya, menoda sebuah seni. Hidup baru sahaja ingin belajar memegang sebatang pensel, menulis sahaja belum tentu boleh, apatah lagi mewarna. Jika buruk tulisannya, maka buruklah pandangan orang terhadap seseorang itu kerana tulisan juga melambangkan keperibadian seseorang. Kebiasaannya kita selalu mendengar tentang perkataan "Orang muda yang berdarah panas". Ya ! Orang muda memang begitu, tapi kita tidak boleh melebihi yang lebih tua. Yang tua perlulah dihormati. Semangat politik dalam diri YB Syed Saddiq itu sememangnya bukan semua anak muda memilikinya, namun janganlah memburukkan imej anak muda dengan kata-kata yang tidak melambangkan seorang anak muda yang tau tentang erti peradaban.

Saya selaku Koordinator Jingga 13 Negeri Johor berharap agar YB Syed Saddiq dapat bermuhasabah diri, dan janganlah bersikap seperti "Jawi belang puntung : didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk". Jadikan khemah yang ada ini sebagai tempat untuk bersilaturrahim, bukan tempat mencipta musuh yang berpunca dari lidah sendiri.

Zabidie Abas

Koordinator Jingga 13 Negeri Johor

 

No comments: