JIKA TIDAK WARAS JANGAN BACA


NORMAN RADZUAN


Cerita seram di hari minggu

JIKA TIDAK WARAS JANGAN BACA

 

Saya tak tahu la ia cerita ini benar-benar seram atau kelakar seram. Tapi memang tak boleh tidur malam punya cerita sebab di Uganda pun tak berlaku macam ini.

 

Kes 1: Muhyiddin kata sewaktu beliau menjadi PM, Zahid telah bertemu dengannya dengan membawa fail bertimbun timbun. Rupanya fail mahkamah Zahid. Zahid minta tolong dari Muhyiddin sebab katanya dia tak bersalah….

*    Description: 😂Description: 😂Kalau tak bersalah kau berjawablah dengan Hakim bukannya dengan PM. Ini kes mahkamah bukan kes jawatan Menteri… tapi itulah tanahair ku.

*     

Kes 2: Dibalas oleh Mohd Razlan dari UMNO, sewaktu Muhyiddin dilucutkan jawatan sebagai TPM, Muhyiddin menangis menghubungi Zahid agar dirinya tidak ditangkap kerana pecah amanah.

 

*    Description: 😂Description: 😂Pemimpin-pemimpin  ini buat undang-undang negara ini macam negara ini bapa mereka punya. Boleh berunding sesama mereka. Seram beb…

*     

Kes 3: Kes ini paling seram. Seorang Pegawai SPRM telah salah gunakan wang RM 20 juta ringgit wang rampasan. Ini betul-betul seram sebab wang rampasan telah dicuri oleh Pegawai yang merampas. Macam filem Ali Baba Bujang Lapok la… Ali Baba samun harta 40 Penyamun di dalam gua…Description: 😂Description: 😂Description: 😂

Yangg pelik RM 20 juta tu macamana boleh dibawa keluar dari pejabat SPRM… bukannya RM 20k boleh muat dalam poket. Ini macam kes mamat boleh terlepas panjat pagar SPRMDescription: 😂 Akhir2 ini banyak kes kelakar seram di SPRM ini.

 

Jadi itulah antara kisah seram minggu ini selepas kisah Najib berperang dengan Mahathir. Sana kata sinu kebas billion ringgit, sinu kata sana bagi anak billion ringgit…. Orang Melayu jadi penonton ternganga mulut dia ingat filem 3 Abdul kalau marah nanti kena jualDescription: 😂

 

Najib bergaduh dengan Mahathir. Zahid gaduh dengan Muhyiddin dan Hadi Awang. Hadi kutuk UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO kutuk PAS. Bersatu hentam UMNO, UMNO hentam Bersatu sedangkan sesama mereka itu bentukkan kerajaan yang sedia ada… akhirnya semua mereka kata No Anwar untuk jadi PM… kelakar seram punya politik Malaysia.

 


No comments: