Saya terpanggil nak beri pandangan. Berkenaan respons peguam
Siti Bainun. Katanya, apa masalah netizens dia nak bergambar dengan OKT.
1. Satunya kita kena paham, kes ini kes berkepentingan awam. Kes
penderaan yang mendapat liputan meluas. Bila kes yang mendapat liputan meluas
ni kita tak boleh elak sentimen orang awam.
2. Mungkin pada dia, klien dia tak bersalah. Namun, bukan semua
berpandangan sedemikian. Cakap la apa pun, “a person is innocent until proven
guilty”. Nak bagi orang awam faham bukan senang. Tambah melibatkan mangsa OKU
pula.
3. Makanya, bergambar dengan gumbira bersama2 OKT dan up video
menari2 semasa bicara kes sebegini, ramai berpandangan bukan suatu tindakan
bijak.
4. Belajarlah dari senior, tak pernah lagi kita tengok peguam
bergambar sakan dengan anak guam ketika bicara dan upload di media sosial.
Tambahan kes jenayah pula. Ada etika dan tatacara yang perlu dijaga. Paling
kuat pun peguam senior lain, tangkap gambar selepas habis bicara. Bila menang
kes dan klien dibebaskan.
5. Yang paling utama, kerja peguam adalah dalam mahkamah.
Menegakkan keadilan bersama hakim dan pendakwa raya. Bukan tugas seorang peguam
membetulkan public sentiment.
6. Juga, bukan tugas anda melawan netizens. Fight your opponents
in court, not the public.
7. Yang terakhir, biarlah keputusan kes dan conduct dalam
perbicaraan yang menentukan hasil kerja seorang peguam. Bukan betapa banyak
like dan share yang beliau dapat dalam tiktok atau instagram.
Nasihat saya kepada “sisters in law”. Chill2 sudah… don’t bother
to fight the bawang rangers. Nescaya kalah.
Fokus kes anda dalam mahkamah.
Salam hormat,
Liyana Marzuki