FAHMI REZA- 24 SOLAN CEPUMAS

 24 SOALAN SOAL SIASAT PDRM


Pada 14 April 2022 aku ditangkap polis kerana grafik satira beruk Mojo Jojo dalam gambar di bawah. Ini senarai 24 soalan yang ditanya oleh polis semasa sesi soal siasat bawah Akta Hasutan & #AktaSakitHati di IPD Dang Wangi semasa aku dalam tahanan.
SOALAN 1
Boleh ceritakan latar belakang diri kamu?
SOALAN 2
Adakah kamu terlibat dalam mana-mana parti politik atau NGO?
SOALAN 3
Adakah kamu mempunyai apa-apa sejarah kesihatan?
SOALAN 4
Berapa lama kamu sudah bergiat dalam media sosial?
SOALAN 5
Apakah akaun-akaun media sosial yang kamu ada?
SOALAN 6
Bilakah akaun Facebook kamu dibuka?
SOALAN 7
Berapa banyak akaun Facebook kamu?
SOALAN 8
Adakah kamu admin akaun Facebook "Fahmi Reza"?
SOALAN 9
Apakah username dan password akaun Facebook kamu?
SOALAN 10
Apakah username dan password akaun email kamu?
SOALAN 11
Apakah gajet yang kamu gunakan untuk melayari dan membuat posting di Facebook?
SOALAN 12
Apakah perkara-perkara yang kamu sering kongsikan di akaun media sosial kamu?
SOALAN 13
Melalui penelitian akaun media sosial kamu, didapati kamu sering berkongsi kenyataan dan posting yang mengkritik kerajaan. Apakah tujuan kamu?
SOALAN 14
Adakah kamu diarahkan oleh sesiapa untuk buat posting-posting mengkritik kerajaan?
SOALAN 15
Adakah kamu mengenali posting dalam gambar ini?
[Polis tunjuk printout screenshot posting grafik satira beruk Mojo Jojo dari FB aku]
SOALAN 16
Adakah kamu yang memuatnaik posting ini?
SOALAN 17
Bilakah posting ini dimuatnaik?
SOALAN 18
Apakah gajet yang kamu gunakan untuk memuatnaik posting ini?
SOALAN 19
Apakah tujuan kamu memuatnaik posting ini?
SOALAN 20
Dari manakah kamu memperolehi gambar kartun beruk itu?
SOALAN 21
Apakah maksud gambar dan posting berkenaan?
SOALAN 22
Kepada siapa posting ini ditujukan?
SOALAN 23
Adakah kamu sendiri yang memuatnaik posting ini, atau atas arahan sesiapa?
SOALAN 24
Adakah kamu bercakap benar semasa memberi keterangan ini?
TAMAT SESI SOAL SIASAT
May be a cartoon of ‎text that says "‎בבועעום 24 24SOALAN SOAL SIASAT PDRM SOALAN‎"‎

No comments: