JAGA-JAGA BANG MAT....ATOK KEPALA PENGKHIANAT- TAKUT BANG MAT MELAYANG KERUSI SAJA...

 

‘Khemah besar’ PH tak termasuk Bersatu, PAS, kata Mat Sabu




Golongan pengkhianat adalah mereka yang melompat untuk bersama
 Bersatu dan Perikatan Nasional atas sebab tawaran yang dibuat,
 menurut Mohamad Sabu.

PETALING JAYA: Pendekatan “khemah besar” tidak termasuk parti Bersatu dan PAS kerana tidak mungkin Pakatan Harapan (PH) akan bekerjasama dengan pengkhianat yang jelas mengkhianati amanah serta mandat rakyat, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Perlu ditegaskan bahawa golongan pengkhianat adalah mereka yang telah melompat untuk bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas sebab tawaran-tawaran yang dibuat pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu bagaimanapun berkata, tidak wajar untuk menganggap PKR sebagai pengkhianat meskipun timbalan presidennya ketika itu Mohamad Azmin Ali termasuk ahli Parlimen itu melompat parti melalui Langkah Sheraton.

Selain itu katanya, parti Pejuang, Warisan dan Muda juga tidak wajar diberi gelaran sama atas sebab pengkhianatan Muhyiddin Yassin dan Bersatu.

“Tidak wajar kita menyamakan kumpulan yang telah melompat dengan kumpulan yang tidak melompat.

“Sebagai parti politik yang ingin menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan mengusahakan kemenangan dalam PRU ke-15, persoalan menyatukan pembangkang adalah amat perlu,” katanya.

Kenyataan itu hadir selepas DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng turut menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Mohamad turut merujuk kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bahawa PH perlu sedia untuk tewas dalam dua lagi pilihan raya umum (PRU) sebelum kembali menguasai Putrajaya.

“Bagi yang membuat keputusan bahawa PRU15 tidak akan dimenangi, usaha sebegini sememangnya tidak perlu. Usaha untuk kalah adalah jauh lebih mudah daripada berjuang untuk menang,” katanya.