Alif Jamil
Pada saya, niat asalnya baik sebab mahu tonjolkan semangat solidariti terhadap rakyat Pqlestin dan sukarelawan misi Sumud Flotilla.
Tapi apabila gimik ini sampai naik bot bawak bendera Isrqel yg cukup sifat tu, itu bukan satu kreativiti tapi itu satu kebodohan dalam komunikasi..
Kita bukan bercakap soal niat.
Kita bercakap soal simbol dan sensitiviti umat islam.
Dalam dunia komunikasi dan sosial, simbol visual seperti bendera ni mempunyai makna yg sangat mendalam.
Bila bendera Isrqel dikibarkan, secara automatiknya ia adalah lambang darah, penindasan dan kezaliman yg berlaku setiap hari dibumi Gqza.
Apabila penganjur atau individu yg terlibat menggunapakai bendera isrqel yg cukup sifat, maka mesej yg sepatutnya mengutuk telah bertukar jadi pemandangan yg menghina sensitiviti umat Islam.
Walaupon pada asal niatnya baik , tapi apabila niat yg baik tidak diuruskan dgn akal dan tindakan yg waras , maka ia mewujudkan satu tindakan yg tersasar dari hikmah dan tujuan asal.
Ini bukan hal kecil.
Ini soal kebijaksanaan dan adab dalam perjuangan.
Kita tidak hanya perlukan pertunjukkan gimik untuk tunjuk semangat solidariti buat saudara disana..
Yang lebih kita perlu dan dahulukan adalah kefahaman, kepekaan dan kebijaksanaan dalam sebarang bentuk perjuangan.
Kelantan ni digelar Serambi Mekah..
Tapi malangnya, insiden seperti ini hanya mengundang rasa malu seolah² negeri yg sinonim dgn imej Islam itu gagal membezakan antara gimik perjuangan dan tindakan tanpa pertimbangan yg waras.
Niat nak bersolidariti tu bagus dah.
Cuma kena bertindak menggunakan akal yg waras.

No comments:
Post a Comment