TWO HOT INDIVIDUALS ARE CALLED IN & INVESTIGATED BY PDRM! WAIT AGAIN!



Aktivis Kampung Sungai Baru, Rafidah Ibrahim dan Mythreyar Mutturamalinggam, dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung video tular mereka yang mengecam perobohan Surau al-Karamah di Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, Ipoh Timur, Perak. Menurut Mythreyar, dia dan Rafidah diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya esok (14 Okt) untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Bagaimanapun, katanya, mereka masih belum dimaklumkan di bawah peruntukan undang-undang mana siasatan dijalankan. "Saya dan Rafidah menerima mesej teks daripada pihak polis. Pada awalnya, saya dan Rafidah dipanggil ke IPD Ipoh pada 6 Okt. "Tapi selepas peguam kami berbincang dengan pihak polis, mereka bersetuju kami pergi ke IPD Petaling Jaya. Pegawai dari IPD Ipoh datang ke Petaling Jaya untuk merakam keterangan," kata Mythreyar yang mesra dipanggil sebagai Mike.



No comments: