ANWAR BERSAMA ANAK MUDA

 



Hari ini, saya berpeluang bersama ribuan anak muda tempatan dan peserta antarabangsa di International Young Future Leaders Summit (iFUTURE) 2025, sebuah platform menyerlahkan suara, idea dan aspirasi belia menjadi tumpuan utama.
















Saya sentiasa percaya bahawa masa depan negara ini terletak di tangan anak muda yang sanggup belajar dengan mendalam, berfikir secara kritikal, dan bertindak dengan hati nurani. 


Anak muda inilah yang mampu menentukan sama ada masa depan kita akan dipandu oleh nilai kemanusiaan dan kebebasan, atau dibayangi sikap acuh tidak acuh dan ketidaksamarataan.


Dalam sesi “In Conversation with Prime Minister”, pelbagai topik dibincangkan termasuk pemahaman dan kerjasama serantau, peranan teknologi dan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai alat keterangkuman dan pemerkasaan, kemajuan teknologi baharu, peluang inklusif untuk belia dalam Belanjawan 2026, serta usaha bersama kerajaan dan anak muda dalam isu kemanusiaan global.


Dialog hari ini bukan sekadar sesi perbincangan, tetapi peringatan bahawa perubahan bermula dengan kesedaran, dan kemajuan bermula dengan tindakan, justeru setiap daripada kita mempunyai peranan untuk membentuk sebuah Malaysia yang adil, inklusif, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja




No comments: