Dari Hutang Keliling Pinggang ke Bebas Kewangan - From Zero To Hero!




(Hayati pengalaman sebenar saya membantu seorang staf keluar dari jerat hutang - dari ZERO ke HERO.)


••• 


“Boss, boleh pinjam 10 ringgit nak beli lunch?”


Itu ayat yang saya dah dengar entah berapa kali dari seorang staf, dalam sebulan saya dah tak larat nak kira.


Setiap kali lepas gaji, dia bayar balik semua pinjaman kecil itu.


Masalahnya?


Bukan saya saja dia pinjam tetapi satu pejabat dia pinjam keliling!


Padahal gaji dia RM7,500 sebulan, cukup besar untuk seorang lelaki muda dengan keluarga kecil.


Tapi kerak nasi dia, sangat besar.


Satu hari, saya panggil dia masuk bilik.


“Saya nak bantu awak urus kewangan. Tapi awak kena jujur, declare semua masalah" kata saya. 


Dia tunduk, dan dengan nada tersekat dia jawab,


“Tolong saya Boss, saya dah terlalu stress dengan hutang. Blood Pressure saya pun dah naik.”


Lama dia luahkan segalanya.


Saya dengar sahaja, dan saya simpulkan masalah sebenar dia:


1. 4 kad kredit, setiap satu hutang RM50,000.


2. Hidup dengan gaya “gali sini kambus sana.”


3. Personal loan bank ada RM100,000 kononnya untuk renovate dapur.


4. Dua kereta, dua beban.


5. Makan besar setiap hujung minggu.


6. Isteri tak bekerja.


7. Rugi besar dalam skim cepat kaya.


Saya kata padanya dengan tegas tapi tenang,


“Kalau betul nak berubah, keluarkan semua kad kredit sekarang dan gunting depan saya.”


Dia terdiam.


Saya keluarkan gunting yang saya dah siap letak di atas meja.


Dengan berat hati, dia gunting satu per satu kad itu.


Dari situ, bermulalah perjalanan “Zero to Hero”-nya.


Langkah Demi Langkah Saya Arahkan Dia:


1. Pergi ke AKPK (Bank Negara) untuk minta mereka bantu restructure hutang & hentikan faedah tinggi.


2. Jual satu kereta. Kos RM1,000 sebulan tu menjerut leher dia perlahan-lahan.


3. Stop makan luar. Masak di rumah dan belajar berjimat.


4. Isteri mula bekerja kerana beliau ada degree profesional. Alhamdulillah, akhirnya dapat kerja bergaji RM10,000 sebulan.


5. Setiap bonus tahunan bayar hutang, jangan joli!


Setiap bulan saya semak tahap kewangan beliau dan 'adjust' mana perlu. 


Dan saya sentiasa tiupkan semangat pada beliau untuk lepaskan diri dari belenggu hutang. 


Akhirnya, 3 Tahun Kemudian…


Semua hutang habis dibayar. Tiada lagi panggilan dari bank dan tiada lagi stress darah tinggi.


Saya nasihatkan dia pula bina 'net worth' dengan membeli flat murah di Puncak Alam kemudian jual untuk untung, dan pusing modal beli 2 lagi unit.


Hari ini...


Dia ada 4 buah rumah, dengan aset bersih melebihi hutang.


Dari hidup dikejar bank, kini hidup bebas, tenang dan bermaruah. Dia dah boleh bawa famili bercuti ke luar negara.  


Pengajaran Buat Kita Semua:


•   Disiplin diri adalah kunci.

•   Jangan berhutang untuk gaya hidup.

•   Belajar kawal cash flow sebelum ia kawal hidup anda.

•   Kad kredit bukan kawan tetapi ialah Ah Long moden.

•   Dan yang paling penting, berani buat keputusan pertama iaitu GUNTING KAD KREDIT ANDA.


Kalau anda rasa kisah ini beri inspirasi, tekan Share supaya lebih ramai boleh keluar dari perangkap hutang kad kredit.


Jangan biar hutang jadi tuan dalam hidup kita.


Wallahu a‘lam.


Catatan oleh:

Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar


* Komodo Dragon




No comments: