SEMUA RAKYAT DAH TAHU DALAM PN ADA SEMUA SEGALA SAMPAH DAN KATAK BERLONGGOK...JIKA TIDAK MAHU ULANGI LAGI HARGA MINYAK AYAM DAN TELOQ TAK ADA DALAM PASARAN, HARGA BARANGAN MENINGKAT NAIK TANPA SEMPADAN, ANDA JANGAN LAGI UNDI PARTI MENYIMPAN KATAK INI

 

PN terima mana-mana calon boleh menang, kata Hadi.




Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang berkata, nama calon boleh
 boleh berubah sebelum hari penamaan calon.

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyokong dan menyertai gabungan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi PN, Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga presiden PAS berkata memandangkan politik di negara ini bersifat dinamik, maka PN terbuka menerima bakal calon yang dijangka mampu memenangi kerusi serta dapat merealisasikan tema gabungan itu iaitu ‘Bersih dan Stabil’.

“Ia (pengumuman bakal calon) boleh berubah sepanjang masa, jadi percaturan (terakhir) adalah pada hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Calon Parlimen PRU15 PN Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media bahawa PN belum menamakan bakal calonnya di Parlimen Arau dilihat bagi memberi laluan kepada penyandang kerusi itu Shahidan Kassim dari Barisan Nasional (BN) untuk mewakili gabungan PN pada PRU15.

Semalam, Pengerusi PN Perlis Mohd Syukri Ramli dilaporkan berkata beliau telah memaklumkan kepada pucuk pimpinan PAS dan PN pusat mengenai hasrat Shahidan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Ditanya mengenai keyakinan bagi menghadapi PRU15, Abdul Hadi, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Marang, berkata: “Keyakinan kita (PN) tinggi, kemenangan tidak mustahil namun tidak mudah dan sangat mencabar.”

PN mengumumkan akan bertanding di 169 kerusi Parlimen melibatkan Bersatu sebanyak 74 kerusi, PAS (64 kerusi), Gerakan (20 kerusi) dan Bersekutu (11 kerusi).

Bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, PN akan bertanding di 116 kerusi di Pahang, Perak serta Perlis melibatkan PAS sebanyak 57 kerusi, Gerakan (14 kerusi), Bersatu (41 kerusi) dan Bersekutu (empat kerusi).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon pada 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

No comments: