HANTAQ KE SUNGAI BULOH NAK TAMATKAN KERJAYA POLITIK KJ DENGAN CARA TERHORMA

 

SAYA tak dapat tidak sekali lagi nak bercakap mengenai KJ di Sungai Buloh ini.

Seperti yang kita tahu, Sungai Buloh ni kubu kuat PKR. Kalau sebelum ini parlimen ini diwakili peguam terkenal, R. Sivarasa, kali ini PKR diwakili jurutera lulusan dari Australia yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR sendiri, R, Ramanan. Ramanan juga bekas orang kuat MIC di Sungai Buloh, jadi segala mak nenek pasal BN dalam kepala dia.

Meletakkan KJ di Sungai Buloh atas kertas ibarat nak bunuh karier politik Menteri Kesihatan itu sekaligus nak melenyapkan terus dia dari peta UMNO. Ingat, BN kalah lebih 26,000 undi di sini dalam PRU lepas.

Memang kerja gila nak dapat balik undi berpuluh ribu yang hilang itu dan memenangi balik kerusi tersebut.

Namun KJ adalah KJ. Permainan politiknya sukar diduga. Walaupun dia popular dalam masyarakat, tetapi di dalam UMNO dia 'sangat nakal' hingga suatu ketika dulu pernah diboo dengan teruk dalam Dewan Merdeka PWTC.

Tetapi ia langsung tidak meninggalkan kudis baginya. Walau kena boo sampai bergema dewan itu, dia tetap steady, makin teguh pulak branding dia, makin hebat pulak resumenya sebagai ahli Parlimen dan Menteri dalam kerajaan.

Kali ini, walau kena beralah dan serahkan Rembau pada Datuk Mat Hassan, walau kena campak pulak ke kubu lawan di Sungai Buloh, KJ sahut cabaran itu dengan penuh gentlemen, pergh!

Bukan calang-calang ahli politik, baik parti lawan atau kawan, yang ada kualiti macam tu, semua kalau boleh nak kerusi selamat, nak kerusi selesa, nak playsafe. Ada yang sanggup lari dari timur ke utara sebab takut kalah dan hanya nak menang bergaya.

Dalam hal ni, KJ awal-awal lagi dah menang 1-0 di Sungai Buloh. KJ tahu kekuatan dan kelemahannya, sebab itu dia takdak goyang langsung nampaknya bro.

Betul la kata-kata Sun Tzu dalam buku Art Of War yang terkenal itu;

“Know yourself, know your enemy. A hundred battles, a hundred victories!”

Lain maciammm...

#KJ4SB

 AKU MASUKKAN JUGA LA MAMAT NI PUJI KJ. TAPI KALAU DIA PENYOKONG KJ SEKALI PUN , DIA PATUT FAHAM YANG UMNO TAK MAU DAH KJ NI . SEBAB TU HANTAQ LAWAN DI SG BULOH.....