𝗛𝗔𝗣𝗨𝗦 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗧𝗣𝗧𝗡: 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜, 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨 𝗕𝗨𝗔𝗧
✍️ Ahmad Mursi
1. Hampir semua pemimpin parti kecuali BN, pernah kata nak hapuskan PTPTN, tapi waktu pegang kerajaan, tak mampu nak laksanakan.
2. Apa yang diucapkan dalam ceramah, tidak semestinya masuk dalam janji manifesto.
3. Jadi lebih tepat ceramah itu dianggap hasrat, angan-angan, cita-cita, retorik politik atau idealisme, bukanlah komitmen rasmi.
4. Apatah lagi, jika yang berceramah itu budak mentah, pelajar universiti seperti Adam Adli dulu.
5. Pada PRU14, PAS masukkan dalam manifesto untuk hapus hutang, PH janji hanya tangguh, BN tiada janji.
6. Ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Ibrahim yang selepas itu jadi Menteri Tebok Atap, tapi gagal laksanakan.
7. Kadang-kadang waktu ceramah dibuat, keadaan kewangan negara masih ada ruang untuk laksana.
8. Tapi keadaan itu boleh berubah-ubah, menyebabkan pelaksanaan idea itu boleh jadi bencana kepada negara dan dianggap tidak bertanggungjawab.
9. Janji manifesto pula, tidak sama dari PRU ke PRU mengikut keadaan kewangan negara dan keperluan semasa. Jadi pelik jika kita tuntut hal-hal zaman dulu kala.
10. PTPTN ini revolving fund, duit bayaran balik peminjam lama digunakan untuk dana pinjaman pelajar baharu.
11. Dengannya, rakyat ada akses kepada pendidikan tinggi, tapi bukan percuma.
12. Hapus PTPTN, maka tiadalah kemudahan pinjaman untuk generasi berikutnya bayar yuran universiti.
13. Tentulah saya juga ada angan-angan nak tengok 100% pendidikan negara kita percuma. Benda percuma, siapa tak nak kan.
14. Tapi di negara berpendidikan percuma, cukai yang dibayar rakyatnya juga tinggi. Kita sanggup ke?
15. Misalnya di Finland, gaji €5,000 sebulan boleh dipotong hampir separuh, sekitar €2,200 termasuk cukai dan caruman sosial. Di Malaysia pula, gaji RM5,000 biasanya dipotong sekitar RM700 sahaja termasuk KWSP dan cukai.
No comments:
Post a Comment