UPAH RM150 TAK BERBALOI, POLIS NASIHAT B49 HENTI SELUDUP MIGRAN







Polis Kelantan menasihatkan orang ramai, khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), supaya menghentikan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana berdepan hukuman berat yang tidak setimpal dengan upah diterima.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kebanyakan individu yang terlibat sebagai tekong, pelindung atau pengangkut migran terdiri daripada golongan B40 yang terpedaya dengan upah rendah antara RM150 hingga RM500 bagi setiap perjalanan.


Menurut beliau, di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, khususnya Seksyen 26A dan 26J, sebanyak 50 kertas siasatan telah dibuka melibatkan tangkapan 70 tekong dan 332 migran.


"Dalam tempoh itu, polis turut merampas 39 kenderaan termasuk kereta, bas dan motosikal yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan.


"Hukuman bagi kesalahan ini amat berat, termasuk penjara sehingga 20 tahun serta denda yang tinggi. Ia langsung tidak berbaloi dengan upah kecil yang diterima," katanya semasa sidang akhbar hari ini.




No comments: