Mereka yang mengenali saya tahu



 Mereka yang mengenali saya tahu —

setiap kali saya berbahas di Parlimen, saya tidak pernah gagal menyebut tentang Anak Menantu Pagoh.


Ada yang bertanya,

“Kenapa asyik kejar isu ini? Bukankah ia tidak ada kena-mengena dengan anda?”


Jawapan saya mudah.





Kerana wang yang terlibat ialah wang negara. Wang rakyat.


Anak menantu Pagoh, Adlan Berhan, dikehendaki oleh SPRM dan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan pecah amanah jenayah dan rasuah, namun sehingga hari ini telah berada di luar negara lebih dua tahun.


Sepanjang tempoh itu, Adlan Berhan dilaporkan hidup mewah —

keluar masuk negara Timur Tengah, melancong ke beberapa negara, bermain golf di Thailand dan mengunjungi lapang sasar.


Pada 17 Mei 2023, Adlan terbang ke New Zealand, ketika bapa mertuanya - bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.

Empat hari kemudian, peguamnya pula terbang ke Jakarta.

Walaupun kenyataan dikeluarkan menafikan melarikan diri, hakikatnya sehingga hari ini mereka masih belum pulang ke Malaysia.


Sejak 7 Ogos 2023, SPRM mengesan mereka bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan projek pendaftaran dan pengambilan pekerja asing serta penyimpanan biometrik, bernilai RM595 juta, di mana hampir RM50 juta didakwa disalah guna.


Ini bukan soal politik semata-mata.

Ini soal akauntabiliti, keadilan dan amanah terhadap rakyat.


Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk terus bertanya, terus mendesak,

dan tidak membiarkan isu ini senyap begitu sahaja.



#P138KotaMelaka

#KhooPoayTiong








No comments: