HIDUP DAP....



 KENYATAAN MEDIA






DAP Melaka memandang serius satu surat yang ditularkan di media sosial yang menunjukkan bahawa JAIM mengarahkan supaya tiada hiasan Krismas dibenarkan di hotel dan premis makanan yang diperakui halal di negeri perlancongan Melaka.


Isu ini telah menimbulkan kebimbangan kerana ia memberi kesan negatif kepada para usahawan serta menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan. Melaka menerima pelbagai pelawat dari dalam dan luar negara, dan adalah amalan biasa bagi hotel-hotel dan premis makanan di Malaysia untuk mempamerkan ucapan serta hiasan mengikut musim perayaan termasuk Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. 


Hiasan perayaan tidak sepatutnya menjadi isu kerana Malaysia ialah sebuah negara majmuk. Amalan meraikan kepelbagaian budaya serta hari perayaan telah lama menjadi asas keharmonian dan perpaduan negara.


Merujuk kepada insiden pada tahun 2023 di mana JAKIM menjelaskan bahawa tiada halangan bagi mana-mana kedai kek bersijil halal menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan Merry Christmas pada kek atau seumpamanya, DAP Melaka menyeru JAIM supaya mengambil pendirian yang selari dengan semangat keputusan tersebut bagi meraikan kepelbagaian masyarakat di Malaysia khususnya di negeri Melaka. 


DAP Melaka menyeru Ketua Menteri Melaka untuk menjelaskan perkara ini dengan segera serta mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat, keyakinan pelabur dan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.


DAP Melaka

19 Disember 2025


———


马六甲民主行动党

19 Disember 2025




No comments: