SUATU KETIKA DAHULU DIA NI MEMANG MUSIBAT SUNGGUH. AKHIRNYA BUAT RAYUAN PUALK.

 


Jamal rayu keputusan bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok




Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos berkata rayuannya akan menumpukan berhubung semakan terhadap kesahihan dokumen dikatakan ‘Terhad’ Akta Rahsia Rasmi (AAR) 1972.

PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan susulan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkannya membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari ini.

Katanya, rayuan terbabit akan dibuat memandangkan perjalanan kes itu tidak mematuhi prosedur ditetapkan kerana hakim perbicaraan menolak permohonannya membuat semakan terhadap dokumen utama perbicaraan kes yang dikatakan berklasifikasi ‘Terhad’ mengikut Akta Rahsia Rasmi (ARR) 1972.

“Pihak plaintif, sebelum perbicaraan dijalankan, pada saat-saat akhir telah menyerahkan surat bantahan untuk membantah dokumen-dokumen yang telah difailkan terlebih dahulu oleh peguam saya sejak lebih 18 bulan yang lalu. Plaintif memberi alasan bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai ‘terhad’ di bawah ARR 1972.

“Justeru, saya telah memohon untuk penangguhan penuh perbicaraan kes tersebut kerana saya memerlukan sedikit masa bagi melantik peguam baharu yang saya yakini lebih berpengalaman mengendalikan kes seumpama ini bagi pihak diri saya. Bagaimanapun, Yang Arif hakim telah menafikan hak saya untuk melantik peguam yang baharu,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Jamal berkata, susulan daripada keputusan itu, beliau tidak dapat mengemukakan pemeriksaan balas, malah tidak memanggil saksi pada perbicaraan kes.

“Oleh sebab itu, saya telah melantik peguam baharu untuk memfailkan rayuan keputusan ini ke Mahkamah Rayuan kerana saya berpandangan bahawa keputusan hakim yang menolak permohonan saya untuk membuat semakan terhadap kesahihan dokumen yang dikatakan ‘Terhad’ ARR 1972, adalah salah,” katanya.

Kok memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Jamal ketika mengulas lanjut, berkata semakan terhadap dokumen tersebut perlu dilaksanakan bagi mengesahkan sama ada ia benar-benar berstatus “Terhad” ARR 1972.

Beliau berkata, peguam baharu yang dilantiknya kini berada di London, United Kingdom, dan proses memfailkan rayuan dalam tempoh terdekat.

Pada Jun, Jamal memecat peguamnya dan berkata, beliau berhasrat untuk mewakili dirinya. Bagaimanapun, beliau kemudian memohon perbicaraan ditangguhkan supaya beliau dapat mencari peguam baharu.

Bagaimanapun, hakim perbicaraan menolak permohonannya dengan berkata, perbicaraan ini telah berlarutan sejak 2017.

No comments: