PEMBOHONG TAK ADA PERMIT..SELALUNYA 3 BULAN AWAL..DAH HABIS DAN TERIMA KRITIKAN MULA NAK SIASAT. TAK CEKAP BUAT KERJA KOT....

 


Minggu Fesyen Kedah tiada permit, penganjur akan dipanggil





Gambar tular menunjukkan model wanita berpakaian menjolok mata
 pada Minggu Fesyen Kedah.

PETALING JAYA: Selepas tular gambar model berpakaian menjolok mata, kini penganjur Minggu Fesyen Kedah atau Kedah Fashion Week 2022 (KFW22) didapati tidak mempunyai permit atau kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Hayati Othman berkata, penganjur akan dipanggil untuk memberi penjelasan.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran KFW22 yang menampilkan model dengan pakaian menjolok mata.

“Setakat semakan dibuat, penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan PBT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Pihak saya akan memanggil penganjur meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya di Facebook.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita berpakaian menjolok mata pada KFW22 yang berlangsung selama tiga hari dari 5 hingga 7 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar.

Susulan itu, warganet mengkritik dan mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir PAS.

No comments: