DAP YANG PATUT DIPUJI
24 Februari 2026
DAP nampaknya lebih ke depan berbanding lain-lain parti dalam menuntut desakan agar dilakukan siasatan bebas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Terbaru, DAP dilaporkan akan mencadangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat itu.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Kabinet telah membincangkan dakwaan terkini melibatkan SPRM dalam mesyuarat sebelumnya pada 13 Feb lalu, dan bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berhubung kontroversi pemilikan sahamnya.
Namun, beliau menegaskan, langkah itu sahaja tidak mencukupi.
“Terdapat dua dakwaan berasingan. Satu berkaitan isu pegangan saham yang perlu disiasat - dan pasukan petugas khas telah ditubuhkan untuk tujuan itu.
“Satu lagi dakwaan berkaitan ‘mafia korporat’. Saya menyatakan (dalam mesyuarat Kabinet) bahawa kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan RCI.
“Kami mula mengemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet lalu dan akan terus mendesaknya. Ini pendirian DAP,” kata Menteri Pengangkutan itu lagi.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo apoay Tiong mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas terhadap Azam Baki, susulan pendedahan media mengenai isu pemilikan sahamnya.
Beliau memberi amaran bahawa kegagalan kerajaan untuk bertindak boleh menyebabkan rakyat dan pengundi hilang kepercayaan terhadap pentadbiran sedia ada.
Menegaskan kepentingan integriti, pemimpin DAP itu berkata ini merupakan kali kedua isu pemilikan saham melibatkan Azam dibongkarkan, sekali gus menuntut satu tindakan drastik diambil.
“Azam Baki perlu letak jawatan. He has to go. Either he has to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi).
“He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi),” tegasnya.
Sementara itu, senada dengan DAP, MCA juga turut bersuara mengenai isu Azam Baki.
Presiden MCA, Wee Ka Siong menggesa agar kerajaan melakukan siasatan penuh dan telus terhadap dakwaan bahawa pegawai-pegawai SPRM terlibat dalam skema “mafia korporat”, yang didakwa menggunakan serbuan dan intimidasi untuk memaksa tokoh perniagaan menjual saham mereka.
“Mafia korporat adalah isu serius yang perlu ditangani... siasat secara menyeluruh dan telus, heret mana-mana pesalah ke muka pengadilan, (pastikan) siasatan dan hukuman dilaksana secara bersasar dan profesional .
“Jangan bekukan akaun syarikat senaraian awam sewenang-wenangnya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Apakah Perdana Menteri masih mahu lagi mempertahankan Azam Baki? - ShahbudinHusin 24Februari2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1222947356495048&id=100063393840098
No comments:
Post a Comment