Che Ibrahim
Setahu ambo kenyataan Dap adalah jelas, lagi pun Anthony Loke amat fasih bahasa melayunya, bukan sukar untuk difahami.
Julai nanti Dap dalam Konvensyennya akan tentukan sikap samada kekal jadi menteri dlm Kerajaan Madani atau letak jawatan, tapi kedudukan Dap dalam PH tidak berubah, masih kekal sebagai parti yang mendokong kerajaan Madani.
Sesiapa pun boleh tidak suka kepada Dap, tapi hubungan Amanah, PKR dan Dap dalam PH setakat ni paling mantap berbanding hubungan parti parti dalam BN (UMNO, MCA, MIC Dan PBRS) dan PN (Pas, Bersatu, Gerakan dll).
Jika Dap mengambil keputusan keluar dari kabinet dan terus menyokong PMX mengemudi Kerajaan Madani, sudah tentu pembenci pembenci PMX semakin kehilangan peluru untuk menembak dan Dap tidak rugi apa apa untuk terus menguasai undi bukan melayu.


No comments:
Post a Comment