SALAH SEORANG MENTERI KESIHATAN YANG KURANG BERFUNGSI BERKATA -KATA

 

Guru positif Covid-19 tapi Azmi kata sekolah tempat lebih selamat

Guru positif Covid-19 tapi Azmi kata sekolah tempat lebih selamat

Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini walaupun Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali semalam mengganggap sekolah sebagai kawasan selamat untuk pelajar daripada jangkitan wabak itu.

Guru tersebut yang merupakan kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail dilapor berkata, guru tersebut telah menjalani kuarantin kendiri sejak 30 September lalu serta memperoleh keputusan negatif untuk ujian saringan pertama dan kedua.

Dalam tempoh menunggu keputusan itu, guru berkenaan tidak hadir ke sekolah.

Susulan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B dan 2J juga beberapa guru untuk menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu ujian calitan.

Semalam, Noor Azmi berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menutup sekolah di seluruh negara ekoran kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Noor Azmi yang pernah dikecam menyertai satu jamuan makan di Lenggong, Perak sekali gus melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April lalu berkata, hanya sekolah di kawasan yang mencatat kes positif Covid-19 akan ditutup.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Serai dari Bersatu itu, sekolah tidak akan ditutup memandangkan institusi berkenaan lebih selamat berbanding komuniti luar.

“Sekolah mempunyai SOP yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu dan tiada aktiviti yang bersesak-sesak dan berkumpulan.

“Orang awam juga tidak dibenarkan keluar masuk sekolah manakala pelajar yang tinggal di asrama, tidak boleh balik,” dipetik Utusan Online.



No comments: