KUARANTIN 14 HARI: HANYA UNTUK RAKYAT BIASA?

 

Dengan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak sejak kebelakangan ini, rata-rata netizen meletakkan kesalahan tersebut terhadap golongan ahli politik terutamanya mereka yang pulang dari Sabah, kerana ingkar untuk menjalani SOP kuarantin kendiri 14 hari.

Adakah tindakan kerajaan yang tidak mewajibkan langkah kuarantin 14 hari telah mengakibatkan peningkatan jumlah kes yang tinggi melebihi yang pernah direkodkan sebelum ini?

Sedangkan rakyat biasa selama ini ramai yang telah dikenakan kompaun, denda, penjara dan sebagainya kerana tidak mematuhi SOP, tindakan yang sama tidak pula diambil terhadap ahli-ahli politik dan Menteri yang secara terang-terangan ingkar SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Adakah layanan dua darjat ini satu norma baharu?