KEGAGALAN PERIKATAN TIDAK BERMAKNA KITA PERLU MENGALAH ATAU TUNDUK!




Semakin hari semakin kelihatan bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak mampu untuk memimpin negara.

Bermula dengan mengkhianati mandat rakyat #LangkahSheraton, bersandarkan habuan dan kuasa, kita tidak tahu ke mana halatuju dan nasib masa depan negara. 

Dalam keadaan negara sedang bergelut menghadapi ancaman Covid-19 dan masalah kelembapan ekonomi, rakyat terus dipersalahkan sedangkan Menteri-Menteri yang langgar penguatkuasaan masih bebas daripada tindakan hukuman.

Hipokrasi terburai, yang dicanang di televisyen tidak sama seperti perilaku mereka yang sebenar.

Kelantangan rakyat dengan trend #MuhyiddinOUT di Twitter memberi semangat dan keyakinan bahawa kita melakukan sesuatu yang lebih baik.

Pada hemat kami, PN hari ini tidak kompeten, cakap tak serupa bikin dan mengamalkan pemerintahan dua darjat.

Kita perlu melangkah ke hadapan #ForwardMalaysia, jangan terhenti atau layu (seperti cadangan #MalaysiaPause) sehingga negara terus dibelenggu dengan kegagalan PN.

Janganlah pula kerana tamakkan kuasa, yang memerintah terus mengugut rakyat untuk diheret ke pilihanraya. 

Kita akan terus bersuara dan menegur kesilapan, mengangkat budaya akauntabiliti dan integriti.

Jika sudah tidak mampu memimpin melalui tauladan, eloklah berundur secara baik.

Apa yang kita mahukan, agar Malaysia boleh melangkah ke hadapan!


AKMAL NASIR

bersama ANGKATAN MUDA KEADILAN