JAM TANGAN 50.4 JUTA

 

Ex-MEIO director bought luxury watches worth RM50.4 million | New Straits Times

nst.com.my

Ex-MEIO director bought luxury watches worth RM50.4 million | New Straits Times
KUALA LUMPUR: Former Malaysian External Intelligence Organisation (MEIO) director-general Datuk Hasanah Abdul Hamid used US$12.1 million (RM50.4 million) to purchase six luxury watches.


Dari FB wall A Kadir Jasin...

NOTA KEPALA: Anda boleh salin dan tampal (copy and paste) tapi terima kasih banyak kalau boleh kredit saya. Ini boleh elak kekeliruan. Terima kasih.

1. Berita akhbar New Straits Times ini berkata, bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid, semasa memegang jawatan itu telah membeli jam tangan mewah bernilai kira-kira RM50.4 juta menggunakan duit negara.

2. Pendakwa Raya dalam kenyataan pembukaannya hari ini berkata, tertuduh telah membeli enam buah jam tangan mewah itu dengan harga AS$12.1 juta menggunakan duit kerajaan yang diamanahkan kepadanya.

3. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Iskandar Ahmad, memberitahu hakim, Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahril Mohd Salleh, yang pihaknya akan membuktikan bahawa tertuduh telah menyalahgunakan wang diamanahkan kepadanya.

4. Hasanah dituduh melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang sebanyak AS$12.1 juta duit kerajaan itu ketika memegang yang disebutkan lapan tahun lalu.

5. Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda. Dia dikenakan ikat jamin RM500,000.

6. Kita semua hendak tahu pasal apa seorang penjawat awam sanggup menyeleweng duit negara untuk membeli jam tangan mewah - bukan sebuah tetapi enam buah.

7. Nampaknya kegilaan memiliki dan memakai jam tangan mewah ini sudah menjadi obsesi orang kenamaan dan ahli politik kita.

Wallahuaklam.Terima kasih.

- AKJ

 Ex-MEIO director bought luxury watches worth RM50.4 million | New Straits Times

No comments: