COVID-19 SEBAB PILIHANRAYA ATAU SEBAB BANI UMNO/PN LANGGAR SOP ?


Sebenarnya bubar atau laksanakan PRN dalam ketika Covid-19 ini bukan perkara baru... bukan penyebab utama tersebarnya Covid-19 di semenanjung...
Tetapi sebab gerombolan UMNO yang mengheret jentera kerajaan ke Sabah tanpa SOP...
Singapura laksana Pilihanraya umum dalam tempoh PKP pada bulan julai, Ketika itu kes harian dicatatkan 500-600 kes...
Di Taiwan dan Korea Selatan juga ada pilihanraya...
Korea tidak menutup pintu negaranya ketika pilihanraya umum...
Tapi depa patuh SOP...
Hanya calon bergerak memperkenalkan diri... yang lainnya dilakukan melalui maya... ada ceramah kelompok2 kecil...
Tidak ada pula Kluster dari pilihanraya Korea, Taiwan dan Singapura...
Bagaimana kes merebak..??
Tengok saja UMNO berkempen... bukan takat ada visual menjamu dan mengedarkan arak ketika berkempen...
Bukan takat ada laporan tangkapan SPRM sebab agihan wang kepada anggota...
Hatta kita boleh lihat majlis tari menari... majlis suka ria karaoke... bergelek dangdut dari bini dan adik ipar pemimpin utama seperti Bung Mokhtar sendiri...
Kalau sampai dan berpesta berkonsert bagai... mana tak tersebar wabak...
Kalau Bini Bung Mokhtar pun tak patuh SOP... apa diharap calon lain patuh SOP apa jadahnya...
Itu belum cerita bagaimana diangkut jentera dan pegawai kerajaan berkempen...
Buat program kerajaan seolah-olah takda wabak di Sabah... contoh mudah kita ambillah orang yang kononnya paling baik... tapi jahil dalam urusan manusia... iaitu Menteri Agama...
Kalau menteri agama pun tak sensitif, apa diharap pada menteri UMNO dan PN yang lain...
Cuba tanya Menteri Agama... apa keperluan kamu sebagai menteri agama dalam keadaan PRN, dalam keadaan Sabah mencatatkan jangkitan... kamu dengan program Zakat, bantuan, kuliah siang malam di Sabah malah dengan penyertaan YADIM dalam program2 kamu di Sabah sampai 1-2 hari ?
Mana pergi ilmu agama dan sifat amanah kamu...
Berapa pulak pegawai JAKIM, YADIM kamu angkut ke Sabah biarpun ianya bukan program dan kempen parti...
Boleh bentangkan dalam parlimen berapa peruntukan dan pegawai yang ikut kamu ke sana…
Hat bab Pemuda UMNO tu jangan katalah... semua kita boleh tengok di gambar2 bagaimana depa kempen hatta Menteri tanpa SOP...
Tak hairan bukan hanya Adun, Exco dan Timbalan Menteri... hari ini Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi pun disahkan positif COVID-19... habis melarat pada pegawai kerajaan...
Sebab apa... sebab jentera kerajaan digunakan semahunya di Sabah...
Padahal Sabah itu serah jer lah pada orang Sabah... korang sibuk buat apa... 2-3 orang pemimpin utama berkempen ok lagi... Ini usung habis pegawai kerajaan dan buat macam-macam program kerajaan kat sana berkempen...
Jadi tak perlulah salah kan Shafie bubar Dun...
Takda kaitan dengan Semenanjung pun... kes melibatkan rakyat dia tak banyak pun yang terlibat dalam PRN... yang kena tu bani UMNO hat berkempen dari Semenanjung yang tak reti kuarantin dan jaga SOP..
Jadi ini memang Kluster UMNO dan PN.. Mengaku jer lah... - Ipohmali, edited by papa