Pisang mentah (hijau) yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%).
Ia juga bagus untuk sesiapa yang nak ber'diet'@ kurus
Sedap kalau dimakan bersama kelapa parut
Kanji dalam pisang rebus ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat
Ia membantu kawal GULA dalam DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang
Pisang mentah yang direbus mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetis
Bahan dalam pisang mentah rebus tingkatkan lendir dalam saluran penghadaman yang boleh bantu cegah ulser.
Pisang rebus juga melindungi sistem penghadaman dengan kurangkan asid perut.
Walaubagaimanapun memakan pisang mentah (hijau) yang direbus pada kuantiti tinggi boleh sebabkan kembung perut
#DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist