Sham Ghaz
Kerajaan perlu letak harga syiling beras putih, bukannya letak harga lantai belian padi.
Apa kesannya bila takda harga syiling beras putih tempatan dan import?
Pengilang akan campurkan beras putih dengan import, sbb harga import lebih mahal.
Jadi mereka akan beli harga padi dengan harga tinggi dalam RM1800-RM2000/tan.
Proses dan jual pada harga beras import, kerana harga lebih tinggi dan tiada syiling.
Bila Kerajaan istihar untuk kuatkuasa harga lantai, pengilang turunkan harga belian.
Ini hebatnya kartel kuasai pasaran, mrka boleh kawal harga belian dan jualan.
Jika harga belian naik, pesawah padi suka, tapi pembeli tak suka sbb harga jadi mahal.
Apa peranan kerajaan? Kena ambik pendekatan win win.
Jika tidak masalah jni tidak akan selesai sampai sudah, terutamanya ketika SSL Padi Negara sekitar 65% +/-, bencana alam seperti kemarau dan banjir tidak bermusim sekarang.