Siang malam konon turun bantu mangsa banjir, MB Kelantan dihujani kecaman
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dihujani kecaman gara-gara ‘bertukar’ profesion menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir.
Dia dikatakan penyokong Perikatan Nasional (PN) kononnya “siang malam turun bantu mangsa banjir” walaupun kediaman Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu sendiri dinaiki air.
Berkongsikan foto aksi Mohd Nassuruddin berbaju hujan duduk di atas bot dengan timbunan bungkusan bantuan, rata-rata mencemuh dan menyindir pemimpin Pas.
Warganet menyifatkan itulah sahaja tahap pemimpin parti komponen PN apabila tidak mampu melaksanakan dasar yang sepatutnya dibuat sebagai seorang Menteri Besar.
“Dah jadi macam rider bawa bot. Baik berhenti jadi MB terus jadi rider.
“Dia buat-buat macam ni semua gaji dan elaun dia masuk akaun bank dia. Ini adalah tanggungjawab dia sebagai pemimpin negeri. Sukarelawan abah kau!
“Masa pemimpin kau buat sukarelawan kau puji melangit, masa pemimpin yang kau tak suka, kaw-kaw kau kecam! Kata tak boleh buat kerja…
“Lebih baik letak je jawatan MB, bukan tugas dia kat bot tu… patut tatakelola hancur,” demikian antara kecaman warga maya terhadap Menteri Besar Kelantan yang ke-19 sejak 15 Ogos 2023 itu.
Terdahulu, tular video memaparkan Nassuruddin, 59, yang berkopiah meredah hujan bagi mengagihkan bantuan banjir kepada penduduk terjejas di Pasir Mas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti sejak tahun 1995 itu dilapor mengemudi sendiri bot membawa pek makanan dan singgah ke pusat pemindahan banjir (PPS).