Rancangan mengejut Umno untuk mengundi awal BUKAN demi kepentingan rakyat

 

Rakyat biasa tidak sepatutnya menderita kerana ahli politik tertentu yang terdesak untuk mencari jalan keluar dari masalah undang-undang mereka


Massive Klang Valley floods 2021

Aliran terkejut dengan keputusan Umno baru-baru ini di mana mereka mengumumkan hasratnya untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut secepat mungkin tahun ini.

Kami berasa hairan bahawa parti itu membuat pengumuman secara terbuka mengenai hasratnya walaupun perdana menteri belum memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong tentang hasratnya untuk membubarkan Parlimen.

Lebih menggusarkan ialah pengundian awal yang dirancang mungkin berlaku semasa musim tengkujuh, yang sering mengakibatkan banjir dan penderitaan yang meluas kepada masyarakat yang terjejas. Mengadakan pilihan raya umum dalam keadaan ini akan mengalihkan sumber awam yang terhad daripada keperluan berkaitan banjir.

Banjir dan cuaca tidak menentu juga boleh menjejaskan peratusan keluar mengundi. Ini bermakna keputusan pilihan raya umum tidak akan menjadi gambaran tepat mandat rakyat, yang Umno dakwa mahu kembalikan semula kepada rakyat.

Amat membimbangkan sekiranya peratusan keluar mengundi yang rendah itu sebenarnya adalah sebahagian daripada strategi Umno untuk mengulangi kemenangan dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor, di mana peratusan keluar mengundi juga rendah.

Rakyat biasa tidak seharusnya menderita kerana keinginan ahli politik tertentu yang tidak pernah puas untuk mendapatkan kuasa dan keuntungan harta benda atau terdesak untuk mencari jalan keluar daripada masalah undang-undang mereka.

Aliran menyeru kerajaan untuk menggunakan baki satu tahun penggal parlimen dengan berkesan: ia harus meneruskan pembaharuan struktur, membaiki ekonomi dan membaiki masyarakat kita yang berpecah-belah.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or auto-donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Kami menyeru Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk bertindak penuh integriti dalam perkara ini. Apatah lagi, beliau adalah perdana menteri kepada seluruh penduduk Malaysia – bukan hanya Umno, yang hanya menguasai minoriti kecil kerusi di Parlimen.

Aliran yakin Yang di-Pertuan Agong akan menggunakan kuasa budi bicaranya dengan bijak, demi kepentingan rakyat, berhubung hasrat Umno untuk membubarkan Parlimen dengan tergesa-gesa.

READ MORE:  First ex-PM jailed for corruption

 

Aliran executive committee
Oktober 2022

 

No comments: