SEAN LO
PKR BOIKOT PRU-15
Sekali lagi pada petang tadi UMNO bermesyuarat untuk memaksa
Perdana Menteri memanggil pilihanraya walaupun semua ramalan cuaca memberi
amaran mengenai bencana banjir yang akan tiba.
Saya berharap ada satu dua pimpinan UMNO yang berfikir mengenai
perasaan dan kepayahan rakyat apabila banjir tiba.
Saya tidaklah menaruh harapan tinggi ha3 kerana kalau UMNO jenis
yang fikirkan perasaan rakyat, skandal 1MDB tidak berlaku.
Adalah menjadi tanggungjawab saya mengingatkan semua bahawa jika
PRU15 diadakan semasa banjir, jangan ambil mudah kemarahan rakyat.
Sama seperti ingatan saya dahulu supaya UMNO mengambil tindakan
terhadap Najib Razak dan skandal 1MDB jika tidak mahu dihukum rakyat.
UMNO tidak dengar, rakyat buang UMNO dalam PRU15.
Kalau UMNO masih bongkak (kali ini dalam hal memaksa rakyat
mengharung banjir untuk mengundi), terpulang kepada rakyat untuk ambil
tindakan.
Tandatangan petisyen agar kerajaan tumpu kepada persediaan
banjir, bukan sibuk panggil pilihanraya di bit.ly/TumpuBanjir
Selamatkan nyawa, bukan jawatan politik. Saya menyeru agar
rakyat Malaysia tidak membuang masa melayan tuntutan UMNO ini. Tinggal sahaja
di rumah dan jaga keselamatan diri dan keluarga. AYUH BOIKOT PRU-15!
Sdr. Rafizi Ramli
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)