UNTUNGNYA SEORANG NAJIB

 




Untungnya menjadi sebuah Najib. Dah curi RM42 juta, dah puas berbelanja mewah baru ditangkap dan dibicarakan.

Bila didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara pun masih dapat selalu keluar untuk ke mahkamah. Kemudian dapat layanan VIP di hospital. Sekarang akan lebih selalu dapat keluar ke parlimen pulak.

Banduan lain anggap penjara ibarat neraka. Tapi bagi dia macam hotel. Bila keluar siap pegawai pengiring. Memang bukan sebarangan ini. Mungkin ini maksud Najib bila kata cash is king.

Pelik bila Najib dikatakan perlu melawat kawasan konon untuk dengar rungutan rakyat. Masa belum dipenjarakan, berapa kali Najib balik kawasan? Ada ke dia dengar rungutan rakyat? Kalau ada, kenapa ada tempat di China masih belum dapat bekalan elektrik walau selepas berpuluh tahun merdeka?

Kemudian kena benarkan dia jumpa setiausaha politik dia pula. Mungkin dalam BN pemimpin lain tak ada otak jadi mesti kena Najib uruskan kawasan parlimennya. Setiausaha politik dia ada masalah pemikirankah? Atau UMNO Pekan hanya dianggotai oleh Zombie sahaja?

Ini semua alasan mengarut. Semuanya jalan licik untuk Najib lepaskan diri daripada suasana penjara. Kalau boleh bebas begini, kena penjara seumur hidup pun tak jadi masalah. Dan kalau nak berlaku adil, banduan lain pun kenalah diberi layanan sama.

Tindakan Najib seolah tak hormati hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang. Tengoklah sendiri bagaimana Najib licik manipulasi undang-undang. Patutlah dia seronok curi dana negara. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: