Apa yang dia mencarut ni? Dah diberi peluang. Atau lebih tepat, dia dah curi peluang. Tapi ada dia buat? Tutup parlimen. Sampai sanggup isytihar darurat yang susahkan rakyat dan menderhaka kepada YDP Agong sebab tak mahu parlimen dibuka.
Bazirkan duit rakyat dengan barisan kabinet super serta lantikan-lantikan duta serta penasihat khas yang dibayar dengan gaji yang sangat besar tanpa buat sebarang kerja pun. Ada pula duta khas yang tak tak pernah keluar negara pun.
Ekonomi merudum. Rakyat menderita sampai ada yang kibar bendera putih. Kes bunuh diri meningkat. Harga berangan meroket. Tapi PN sebagai kerajaan tak buat apa pun. Malah bila kritik disamakan pula orang yang mengkritik itu dengan haiwan.
Tak cukup lagi, dia sakau duit rakyat. Beri tender secara runding terus kepada syarikat kroni dengan nama bumiputera tapi yang bukan bumiputra pun dapat. Dari tender-tender tersebut, dia sedut duit melalui komisen yang masuk akaun parti.
Tak habis lagi, minyak masak bersubsidi paket 1 kg pun dia biarkan anaknya sorok. Sampai golongan miskin dan peniaga pening kepala nak cari minyak masak murah. Bila suruh siasat, dia kata sudah nak hapuskan kartel. Rupanya anak sendiri.
33 bulan rakyat menderita. Dia sendiri buktikan PN adalah kerajaan paling gagal dalam galaksi bima sakti ini. Dia nak peluang apa lagi? Malaysia undur berpuluh tapak ke belakang masa 33 bulan dulu. Nak mundur berapa ratus tapai ke belakang lagi? Guane boh?
Raja Gelap
.