Oleh MALAYSIA DATELINE / October
30, 2021
Penganalisis politik
dari UTM, Dr Mazlan Ali berkata, pengiraan matematik mudah dengan mencampurkan
undi BN dan Pas dalam pilihan raya lalu menentukan mereka boleh menang dalam
PRN Melaka tidak semudah itu.
Bagi beliau, banyak
faktor pembolehubah yang lain perlu dimabil kira dalam PRN Melaka kali ini.
“Banyak penganalisis membuat
pengiraan matematik mudah dengan mencampurkan undi BN dan PAS, dan menyimpulkan
kemenangan mutlak.
“Tetapi saya tidak fikir semudah
itu, kerana faktor-faktor pembolehubah banyak menentukan pilihan pengundi
termasuk penerimaan akar umbi Pas terhadap kolisi baru, prestasi Pas dalam
kerajaan.
“Faktor
populariti Adly sewaktu memimpin kerajaan 22 bulan, urbanisasi, keterbukaan
minda penduduk Melaka, pertambahan pengundi baru@muda dan lain-lain
mungkin menatijahkan hasil yang berbeza kelak,” kata Dr Mazlan.
Dr
Mazlan mengulas pengiraan matematik yang mencampur undi BN dan Pas dalam
pilihan raya umum lalu bagi membolehkan BN atau Pas boleh menang jika mereka
bekerjasama dalam pilihan raya kali ini.
Umno
telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas di PRN Melaka tetapi
menolak untuk kerjasama dengan Bersatu.