BUDGET
1. Tuan Puan, hari ni hari Budget. Petang ni Perdana Menteri kita akan bentang Belanjawan 2022. Bagi yang tak tahu, hari pengumuman Budget ditetapkan Jumaat terakhir bulan Oktober setiap tahun. Selalunya, bila umum budget ni, yang kita tanya apa benda yang kita akan dapat.
2. Pegawai Kerajaan harap bonus dan kenaikan. Ada antara kita yang nak BRIM dan segala bantuan. Ada jugak geng cytro tunggu apa yang nak dibuat bahan. Mana tahu boleh lagi guna ratib “30 hengget” tu sepanjang zaman.
3. Namun, bagi pengundi neutral dan atas pagar, mereka akan nilai Belanjawan ni dari pelbagai sudut dengan bijak. Makanya, hari ni izinkan saya ceritakan macam mana tuan puan boleh decipher Budget negara, supaya kita boleh push Wakil Rakyat kita buat kerja.
4. Budget ini simple sebenarnya. Isi pentingnya ada dua. (1) macam mana Kerajaan nak dapat duit buat belanja negara (hasil/ revenue). (2) Apa benda yang nak dibelanja dalam tahun tu (perbelanjaan/ expenditure). Selalu yang kita nak tahu yang nombor (2). Sebab ia melibatkan apa yang kita dapat.
5. Perbelanjaan negara inilah yang selalu Kerajaan guna untuk gula2. Meraih sokongan Rakyat. Dulu zaman BN yang popular BRIM, bantuan segala bagai. Masa zaman PH dikatakan banyak yang tak diberi. Kerajaan kedekut sekali. Namun banyak juga yang dispin. Ratib RM30 ringgit e-wallet sampai hari ni.
6. Sekarang, Rakyat nilai Kerajaan bagus ke tak masa Budget, tengok siapa yang lebih banyak memberi. Tambah pulak operator dan cytro politik punya spin. Dibuatnya bagusnya seorang PM itu bilamana dia bagi segala macam untuk kita. Tak kira la dari mana punca duitnya.
7. Itu yang kita kena reset balik minda. Sebelum kita terpesona dengan segala bagai bantuan dan gula2, perkara pertama yang kita kena tanya, dari mana datang duitnya? Tu berbalik kepada perkara (1) tadi iaitu hasil negara.
8. Kalau kita tengok hasil negara sebelum ni tak meningkat banyak mana. Tahun 2019 yang tertinggi RM264.42B. Meningkat 12% dari tahun sebelumnya. Kalau hasil rendah dari perbelanjaan, maknanya kita dalam status Defisit. Negara kita dah defisit sejak tahun 1998. Sampai sekarang tak keluar2.
9. Bila defisit berlaku, mana nak cekau duit buat belanja negara? Makanya, kita kena meminjam dan berhutang. Tahun 2019 takat hutang kita kepada KDNK hanya 55%. Tahun 2020 naik ke 60%. Sekarang 2021 naik lagi 65%. Maknanya apa sahaja yang dibelanja untuk negara adalah dari hutang.
10. Jabatan Audit pun dah bising, kita makin kuat berhutang. Kita buat hutang baru untuk kambus hutang lama. Gali lubang sini dan gali lubang sana. Kenapa perlu risau? Kita syok dok terima BRIM, bonus dan segala macam, tapi boleh kah nampak jalan macam mana nak membayar?
11. Saya selalu guna contoh Venezuela. Tahun 1990-an, masa negara nya dah deficit, PM nya Hugo Chavez menabur dedak. Segala macam diberi kepada Rakyat. Subsidi sana sini, bantuan diberi. Namun belakang2 dia menyapu sekali. Habis dia dan kroni merompak GLC. Rasuah dan guna kuasa dah jadi makanan ruji. Fast foward 30 years, la ni apa jadi?
12. Ekonomi Venezuela antara yang terteruk di dunia. Anak2 muda tiada kerja. Hyperinflation pula. Jatuh nilai wangnya. Rakyat merana.
13. Makanya, hari ni kita umum Budget. Jangan hanya tanya apa yang kita dapat. Soal Kerajaan mana punca duit? Paksa Pembangkang buat kerja check and balance juga. Ingat mereka ada MOU sebelum ni. Tak boleh dibangkang lagi.
14. Kita pula jangan terpesona dengan amaun yang diberi. Ingat semua yang diberi datang dari hutang kepada negara. Kalau tak berpada-pada, anak cucu cicit kita yang menanggungnya. Moga2 Malaysia tak jadi macam Venezuela.
Wallahu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki