TAKUT JUGA UMNO NI YA..INGAT KUAT SANGAT....

 

PRN Melaka: UMNO masih dalam perundingan elak bertembung tiga penjuru





MGF301021_HARI-BELIA-NEGARA_11

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap kepada media pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih peringkat perbincangan dengan rakan parti dalam kerajaan bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah diberi mandat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk mengadakan rundingan itu, bagi mengelakkan bertembung dengan mana-mana parti dalam kerajaan.

“Sebenarnya keputusan daripada UMNO adalah berhasrat untuk mengelakkan pertembungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan. Ada tiga parti yang menyokong kerajaan sekarang ini.

“MKT telah berikan mandat kepada saya untuk berunding dan berbincang dengan parti ini untuk mengelakkan pertembungan

“Kita tahu, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ada pihak lain yang akan dapat keuntungan,” katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pihak musuh iaitu pembangkang ketika ini memang menunggu peluang sahaja untuk melihat tiga parti dalam kerajaan itu bertembung sesama sendiri pada PRN ini.

Katanya, kalau bertembung juga yang mendapat keuntungan itu ialah PH.

“Ini samalah seperti peribahasa mengatakan, ‘jong pecah, yu yang kenyang’ atau ‘antan sama antan berlaga, ayam tepi lesung yang kenyang’. Kalau boleh, perkara ini kita cuba elakkan,” katanya. – MG

No comments: