18 Ketua Cawangan dan ahli Bersatu Arau ugut keluar parti- Macam cerita P.Ramlee daaaaa...

 

GPS

Seramai 18 ketua-ketua cawangan termasuk sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau membantah pelantikan Timbalan Ketua Bahagiannya, Megat Hashirat Hassan memangku jawatan ketua.

Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau yang juga wakil ketua-ketua cawangan, Md Sharif Abdul Razak berkata, mereka memberi tempoh dua minggu kepada kepimpinan pusat untuk mempertimbangkan permintaan terbabit.

Katanya, sekiranya tiada jalan penyelesaian dalam tempoh berkenaan, mereka akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti terbabit secara beramai-ramai.



“Kami berharap kepemimpinan pusat dapat memberi pertimbangan atas permintaan kami ini. Andai permintaan kami ini tidak dipertimbangkan, kami tidak ada jalan lain melainkan meninggalkan parti secara beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat

Menurutnya, majoriti kepemimpinan Bersatu Arau jelas menolak keras pelantikan Megat Hashirat yang disifatkan tidak layak memimpin parti di bahagian tersebut.

“Kami tidak menolak siapa pun yang akan memangku jawatan Ketua Bersatu Bahagian Arau asal bukan Megat Hashirat. Malah, jika pemimpin dari pusat memangku jawatan tersebut juga kami tidak membantah,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, media melaporkan Ketua Bersatu Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan meletakkan semua jawatan serta keluar parti.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.

Ameir yang juga pengasas Bersatu Perlis sejak September 2016 mengambil langkah tersebut kerana kesal dan menyifatkan parti itu sudah hilang roh serta tersasar daripada matlamat asal perjuangannya.

Megat Hashirat yang sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Arau diberi mandat memangku jawatan ketua bahagian itu setelah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi menerusi surat yang dikeluarkan pada 22 Oktober lalu.

No comments: