KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL-PULANGLAH ..ABAH MERINDUIMU




24 FEBRUARI 2024  


MUHYIDDIN YASSIN DIMINTA MENASIHATI MENANTU UNTUK KEMBALI KE MALAYSIA


Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin perlu memainkan peranan untuk menasihat menantu beliau agar kembali ke Malaysia bagi membersihkan nama diatas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Muhammad Adlan, yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas dikaitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan, dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki menyatakan bahawa kertas siasatan mengenai Muhammad Adlan, telah pun selesai dan sudah bersedia untuk dituduh di mahkamah, namun sehingga kini beliau masih belum dapat dikesan.


Melarikan diri apabila disiasat dan ketika dihadap ke muka pengadilan, adalah satu tindakan tidak patriotik malahan satu tindakan jenayah.


Adlan boleh membersihkan nama sendiri melalui mahkamah, bukan dengan terus menghilangkan diri. Tindakan melarikan diri bukan sahaja menyukarkan kerja kerja pengadilan mengambil tempat, bahkan berupaya menjejaskan nama bapa mentua sendiri selaku bekas Perdana Menteri. 


Pemuda Amanah juga mendesak pihak PDRM untuk memohon bantuan Interpol sekiranya Adlan masih gagal untuk dikesan dalam beberapa hari mendatang. Sudah sampai masanya pihak PDRM untuk bertegas dan tidak lagi memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk mengambil ringan sebarang tindakan PDRM atau SPRM apatah lagi menjadikan ia satu mockery!


Fadhli Umar Aminolhuda 

EXCO Pemuda AMANAH Nasional




No comments: