BERAS MURAH DAH NI RM30...BUKAN BELI GUNA USD PUN- BELI ROKOK SELUDIP RM9-RM10 SEHARI.. TU TAK KIRA PI DOK MENGATA DI KEDAI KOPI LAGI....BUANG DUIT SEMUA TU..

 











Di sebelah petang, saya sempat luangkan masa hampir tiga jam untuk bersama-sama ribuan rakyat di Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kuala Selangor. Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Perak.


Menyinggung soal keterjaminan makanan dalam ucapan dan dialog bersama rakyat, saya tegaskan Kerajaan sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan isu kemampanan bekalan dan harga beras secara tuntas, tetapi perlukan sedikit masa kerana membabitkan pertimbangan yang rumit. 


Pesawah-pesawah yang merupakan antara golongan termiskin di negara ini dan penentu kepada keselamatan makanan kita mahukan harga padi yang setimpal, manakala rakyat pula mahu harga beras kekal pada kadar rendah. 


Namun saya faham masalah ini tidak boleh dibincang terlalu lama. Justeru dalam mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, saya beri tempoh sebulan sehingga 20 Mac depan untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memuktamadkan langkah penyelesaian.


Menyinggung kemerosotan nilai ringgit, saya tegaskan bahawa Kerajaan enggan mengambil jalan mudah menaikkan kadar faedah atau Kadar Dasar Semalaman (OPR) untuk memulihkan mata wang kita.


Ini kerana tentu sekali rakyat yang terkesan, khususnya mereka yang menanggung hutang perumahan, kenderaan dan perniagaan kerana perlu membuat bayaran balik pada kadar lebih tinggi. Sebaliknya Kerajaan sedang giat memperbetulkan struktur dan asas ekonomi negara. 


Alhamdulillah, usaha Kerajaan MADANI kini mula menunjukkan hasil. Kadar inflasi Malaysia pada 1.5 peratus antara terendah di ASEAN. Pengangguran juga menurun di bawah 3.5 peratus. Pasaran saham kian segar. Kita juga berjaya mencatat jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM329.5 bilion tahun lalu, tertinggi dalam sejarah negara.


Semua kejayaan ini adalah hasil usaha gigih secara berpasukan oleh setiap jentera Kerajaan MADANI. Percayalah dengan proses pemulihan negara yang sedang berjalan ketika ini dan Insya-Allah, Malaysia akan kembali diangkat dan rakyat menikmati kemakmuran.


#MalaysiaMADANI