AGONG BERI AMARAN JANGAN GANGGU KERAJAAN



MSO

Yang diPertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar menyeru semua ahli dewan berkerjasama dengan kerajaan untuk bangunkan negara dan ketepikan kepentingan politik masing². 


Baginda juga mengingatkan dengan tegas sepanjang pemerintahannya, baginda tidak akan layan usaha untuk ganggu kerajaan perpaduan dan jika hendak berpolitik tunggulah pilihan raya.


Baginda mengatakan demikian ketika bertitah merasmikan pembukaan sidang ke tiga parlimen ke 15 hari ini, sekejap tadi. 


Baginda juga berpesan supaya ahli parlimen dan dewan negara menjaga tertib sepanjang berada dalam dewan dan memberi isyarat kepada Yang diPetua Dewan agar mengenakan tindakan tegas, menggantung ahli dewan yang degil selama 14 hari.


Jelas dalam titah ucapan Sultan Ibrahim mahu melihat parlimen sebagai badan legislatif yang sesuai dengan martabatnya. Dalam pada itu baginda juga menyokong langkah diambil kerajaan seperti mengadakan subsidi untuk rakyat secara besar-bsaran. 


Dalam pada itu Sultan Ibrahim turut menyarankan agar kerajaan merangka dasar perpaduan kaum memandangkan masalah perpaduan kaum masih lagi tidak mantap walaupun negara sudah merdeka lebih 60 tahun. Trims.




No comments: