KENA LAGI KALI INI- INI LAH KENAPA PAS KINI DIPANDANG LEKEH


Exco Perak diperintah bayar Guan Eng RM250,000 atas dakwaan bertudung

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Lim Guan Eng berkata, catatan dibuat Razman Zakaria itu bersifat
 memfitnah dan menjejaskan reputasi serta peranannya sebagai Ketua
 Menteri Pulau Pinang ketika itu.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang Exco Perak membayar ganti rugi RM250,000 kepada Lim Guan Eng dan membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung satu catatan Facebook yang disifatkan memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Razman Zakaria, yang juga Ketua PAS Perak, dalam catatan Facebook pada 18 Nov 2017 mendakwa Lim dan kerajaan Pulau Pinang menyokong larangan pekerja hotel memakai tudung.

Lim yang memfailkan saman terhadap Razman berkata, catatan itu direka-reka bertujuan mencemarkan reputasinya dan menggambarkannya tidak menghormati Islam dan budaya Melayu.

Dalam keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Amarjeet Singh pada Isnin, Razman diperintahkan membayar Lim RM150,000 sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan.

Amarjeet turut mengarahkan Razman membuat permohonan maaf secara terbuka di Facebooknya dalam tempoh 14 hari dan perlu “tag” akaun Facebook Lim pada catatan tersebut.

Razman juga diperintahkan tidak mengulangi kenyataan itu di Facebook dalam apa cara sekalipun pada masa akan datang.

Amarjeet mengarahkan Lim dibayar kos berjumlah RM15,000.

Lim sebelum ini memberi keterangan bahawa catatan Razman itu bersifat memfitnah dan menjejaskan reputasi serta peranannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu.

Beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pekerja hotel beragama Islam dilarang memakai tudung, katanya.

Peguam Murelidharan M Navaratnam dan Felix Lim mewakili Lim, manakala Mohd Harris Mohan Abdullah mewakili Razman.